KEK PISANG
▼
Tuesday, September 4, 2018
KENTANG GORENG TELUR...
RESIPI KENTANG GORENG TELUR
sumber : linapg.blogspot.my
Bahan-Bahan :
2 biji kentang
1 biji tomato ~ belah 6 (saya tambah)
1 biji telur ~ dikocok sedikit
1 biji cili merah ~ hiris nipis
4 biji cili padi ~ ketuk sikit
1 ulas bawang merah ~ mayang halus
Sedikit daun bawang ~ hiasan (tak letak)
Sedikit garam
Perasa (jika suka)
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Kentang dikupas kulit, potong wedges dan goreng sehingga masak. Ketepikan.
2. Tinggalkan sedikit minyak gorengan tadi, tumiskan bawang merah, cili merah dan cili padi sehingga terbit bau dan sedikit garing.
3. Masukkan kentang (yang telah digoreng tadi), tomato (jika guna), dan masukkan garam dan perasa (jika suka), gaul rata.
4. Kemudian masukkan telur, kacau rata. Sesuaikan rasa. Taburkan hirisan daun bawang untuk hiasan. Sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment