KEK PISANG
▼
Monday, September 10, 2018
SAMBAL TUMIS DAGING BURGER...
RESIPI SAMBAL TUMIS
DAGING BURGER
sumber : qaseyhoney.blogspot.my
Bahan-Bahan :
20-25 keping daging burger kebab mini ayam (jika guna daging burger besar hendaklah dibelah 4)
20-30 tangkai cili kering ~ direbus & dikisar
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 biji bawang besar ~ dihiris
Segenggam ikan bilis
1 kiub pati ayam
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Garam & gula secukup rasa
Bahan Tumis : (Dihiris/Ditumbuk)
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 biji bawang besar
1 batang serai
1/2 inci halia
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak untuk menggoreng daging burger. Goreng daging burger sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Di dalam kuali yang berasingan, panaskan sedikit minyak untuk menumis.
3. Masukkan bahan tumis dan kacau sehingga naik baunya serta garing. Selepas itu masukkan ikan bilis dan kacau lagi sehingga rata.
4. Masukkan pula cili kering yang telah dikisar tadi. Perlahankan api. Kacau sehingga rata dan biarkan sehingga naik minyak.
5. Kemudian masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau lagi sehingga rata. Tambahkan kiub pati ayam dan kacau rata.
6. Tambahkan air secukupnya, kacau lagi. Apabila kuah sudah kelihatan sedikit pekat, masukkan daging burger yang telah digoreng tadi.
7. Akhir sekali masukkan bawang besar yang telah dihiris. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tutup api, siap untuk dihidangkan.!!!
No comments:
Post a Comment