KEK PISANG
▼
Saturday, September 1, 2018
SUP TULANG SEDAP...
RESIPI SUP TULANG
Bahan-Bahan :
1 kg tulang lembu ~ direbus terlebih dahulu sehingga empuk
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 bungkus sup bunjut tulang Adabi
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 labu bawang besar ~ dihiris
Air rebusan tulang secukupnya
1 batang lobak merah ~ dipotong dadu
2 biji kentang ~ dipotong dadu
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 biji tomato ~ dipotong dadu
1 batang celery ~ dihiris
3-4 biji cili padi ~ dihiris
Daun sup/daun bawang ~ dihiris
Garam secukup rasa
Bawang goreng ~ untuk tabur
Bahan Kisar :
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk. Tumiskan rempah tumis (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih) dan bawang besar yang telah dihiris sehingga harum dan garing.
2. Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia) dan tumis lagi sehingga garing dan terbit minyak. Bila semua dah garing dan terbit minyak, masukkan tulang dan air rebusan tulang secukupnya. Jika kurang boleh tambah lagi air biasa. Masukkan juga rempah sup bunjut tulang. Kacau sebentar dan biarkan ia merenih.
3. Jika menggunakan tulang yang tidak direbus awal, masak sehingga tulang empuk. Mungkin proses memasak menjadi lebih lama kerana nak tunggu tulang empuk. Semasa proses merebus ni akan keluar minyak, buih-buih dan minyak dipermukaan sup, ini adalah kotoran dan darah serta minyak dari lemak pada tulang. (Cedokkan segala kotoran dan minyak semasa proses merebus tulang dibuang). Bila daging dah empuk, masukkan serbuk lada sulah dan garam secukup rasa.
4. Akhir sekali masukkan kentang dan lobak merah yang telah didadu kecil. Bila kentang hampir empuk, masukkan juga daun sup/daun bawang, batang celery, cili padi dan bawang goreng. Tutup api dan sedia dihidangkan dengan Sambal Kicap, jika suka...
Bahan Sambal Kicap :
15 biji cili padi
3 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap ABC/kicap manis
1 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil cuka masakan
Cara-Cara :
Satukan semua bahan dan kisar. Sedia dimakan bersama sup tulang.
No comments:
Post a Comment