KEK PISANG
▼
Saturday, September 1, 2018
TELUR REBUS LADA HITAM...
RESIPI TELUR REBUS LADA HITAM
sumber : Majalah SAJI 2008
Bahan-Bahan :
5-6 biji telur ~ direbus dahulu & dikupas kulit
30 gm lada hitam *
5 ulas bawang merah *
5 ulas bawang putih * ( * dikisar )
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap cair
1/2 sudu makan kicap pekat
1/2 sudu makan sos lada hitam (saya tambah)
Garam & gula secukup rasa
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan goreng telur yang telah direbus sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
2. Kemudian tumiskan bahan yang telah dikisar buat seketika atau sehingga berbau wangi.
3. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos lada hitam (jika guna), kicap cair, kicap pekat dan kacau sehingga mesra.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya dan masukkan telur yang digoreng tadi.
5. Gaul mesra dan sedia untuk dihidangkan...
No comments:
Post a Comment