KEK PISANG
▼
Sunday, September 16, 2018
TEMPE GORENG KICAP...
RESIPI TEMPE GORENG KICAP
sumber : Fiza's Cooking...
Bahan-Bahan :
1 bungkus tempe (pek besar)
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 tangkai cili padi
2 batang serai ~ titik
3 cm halia
3 cm lengkuas
1 sudu besar jus asam jawa
3 sudu besar kicap manis
5 gm gula Melaka ~ dihiris
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Mayang halus bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan cili padi. Serai dititik. Ketepikan seketika.
2. Selepas itu hiriskan tempe nipis-nipis dan memanjang.
3. Gorengkan tempe sehingga garing dan toskan. Jika suka, masukkan juga kacang tanah yang digoreng terlebih dahulu.
4. Panaskan minyak masak dan tumiskan semua bahan-bahan yang dimayang halus tadi diikuti dengan serai. Masukkan juga gula Melaka ke dalam tumisan.
5. Seterusnya masukkan kicap manis dan jus asam jawa. Perasakan dengan garam secukup rasa.
6. Akhir sekali masukkan tempe yang telah digoreng dan gaul rata. Masak sebentar sehingga kering dan tutup api dapur. Sedia dihidangkan. !!!!
No comments:
Post a Comment