KEK PISANG
▼
Thursday, October 25, 2018
IKAN BAWAL MASAK KUAH PECAK...
IKAN BAWAL MASAK KUAH PECAK
sumber : Majalah RASA Julai 2018...
Bahan-Bahan :
1 ekor ikan bawal ~ bersihkan
4 helai daun limau purut ~ hiris
4 helai daun salam ~ hiris
1 biji buah tomato ~ belah 6
Minyak untuk menggoreng
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu besar air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
Bahan Kisar :
5 tangkai cili kering ~ rendam seketika dalam air panas hingga lembut
3 biji cili merah
2 biji bawang besar
2 batang serai
2 cm lengkuas
Cara Memasak :
1. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing. Ketepikan.
3. Tinggalkan dalam 3 sudu makan minyak dari minyak gorengan ikan tadi.
4. Tumiskan bahan-bahan kisar bersama daun limau purut dan daun salam sehingga berbau wangi.
5. Masak sehingga garing dan pecah minyak kemudian masukkan air asam jawa, gula dan garam.
6. Kacau seketika dan masukkan buah tomato.
7. Tambahkan sedikit air jika hendakkan kuah pecak yang berkuah.
8. Tuangkan kuah pecak ke atas ikan tadi. Sesuaikan rasanya terlebih dahulu.
9. Ikan sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment