KEK PISANG
▼
Thursday, October 25, 2018
LEMAK PUTIH LABU BAYAM...
LEMAK PUTIH LABU BAYAM
sumber : Majalah RASA Ogos 2018...
Bahan-Bahan :
1/4 biji labu ~ dipotong 4 segi kecil
1/2 ikat bayam
1 biji bawang besar ~ dihiris
1 biji cili merah ~ dihiris
Segenggam ikan bilis
1 mangkuk santan ~ ambil sekali santan perahan kedua
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk lada hitam ~ jika suka
Cara Memasak :
1. Masukkan labu, bawang hiris, ikan bilis dan santan serta sedikit garam.
2. Masak dengan api kecil sehingga labu empuk. Kacau selalu supaya tidak pecah santan.
3. Kemudian masukkan sayur bayam, cili merah dan masak sehingga sayur layu sedikit.
4. Kacau dan rasa garamnya.
5. Setelah semuanya secukup rasa, tutup api dan siap untuk dihidangkan...
No comments:
Post a Comment