KEK PISANG
▼
Saturday, December 29, 2018
NASI TOMATO...
AYAM MASAK MERAH
sumber : Fiza's Cooking...
Bahan A :
1 ekor ayam ~ dipotong 12
Garam & serbuk kunyit secukupnya untuk menggoreng ayam
2 batang serai ~ dititik
1 labu bawang besar ~ potong bulat
1 tin kecil kacang peas (tak letak)
1 sudu besar hirisan gula Melaka
Bahan B : (Dikisar)
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
10 tangkai cili kering ~ rebus hingga lembut & toskan
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Cara Memasak :
1. Gaul ayam bersama garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga keemasan dan ketepikan seketika.
2. Panaskan minyak di dalam kuali lain, tumis bahan kisar hingga berbau wangi.
3. Masukkan sos tomato, sos tiram dan gula Melaka dan renihkan hingga kuah benar-benar masak.
4. Sesuaikan rasa dengan garam dan masukkan ayam yang telah digoreng tadi serta gaul rata.
5. Biarkan kuah sedikit pekat dan masukkan kacang peas serta matikan api...
SPICY THAI CUCUMBER SALAD
adapted from : healingmamaremedies.com
Ingredients :
1 English cucumber ~ spiralized or as desired
1 green onion ~ chopped finely
1/4 cup chopped red onion or white onion
1/4 cup rice vinegar
2 tbsp. pure cane sugar
1 tsp. sesame oil
Pinch of salt
Red pepper to taste
Instructions :
Combine rice vinegar, sesame oil, sugar and salt in a bowl and whisk until most of the sugar is dissolved. Pour over cucumbers and onions and mix. Garnish with green onion and red pepper to taste.
NASI TOMATO MUDAH
sumber : linapg@Teratak Mutiara Kasih
Bahan-Bahan :
3 cawan beras basmathi
3 cawan air (bergantung pada beras yang digunakan ~ saya guna 4 cawan air)
1 cawan susu cair
2 kiub pati ayam
Sedikit gula
4 sudu besar tomato puri/sos tomato
Bahan Tumis :
3 ulas bawang merah ~ mayang/cincang
3 ulas bawang putih ~ mayang/cincang
2 biji buah tomato ~ potong kiub kecil
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih, jika suka
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga, jika suka
2-3 helai daun pandan ~ disimpul
Sedikit minyak sapi/butter
Sedikit minyak masak
Bahan Lain :
Daun pudina/Daun Sup/Kismis/Gajus
Cara Memasak :
1. Beras dibersihkan, rendam selama 30 minit kemudian toskan.
2. Panaskan sedikit minyak masak dan minyak sapi.
3. Tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis, daun pandan, bawang merah dan bawang putih. Tumis sekejap hingga terbit bau dan bawang sedikit layu (tidak perlu garing nanti terasa pahit).
4. Masukkan buah tomato dan sos tomato. Kacau sebentar hingga buah tomato lembut sedikit. Masukkan sedikit gula (untuk seimbangkan rasa masam).
5. Kemudian masukkan air, susu cair dan kiub pati ayam. Biarkan mendidih terlebih dahulu.
6. Kemudian masukkan beras, gaul rata. Biarkan seketika sambil dikacau sekali sekala supaya nasi tidak hangit/berkerak di dasar periuk (masak menggunakan api sederhana).
7. Apabila nasi telah kering, kecilkan api, masukkan daun pandan dan taburkan kismis dan gajus (jika suka).
8. Tutup periuk dan tunggu hingga nasi masak sepenuhnya. (Anggaran 12-15 minit).
9. Setelah nasi masak, tutup api dan gemburkan nasi menggunakan garfu.
Nota : Jika ingin memasak menggunakan rice cooker, boleh terus tumis dalam rice cooker, biarkan air mendidih terlebih dahulu baru dimasukkan beras. Masak seperti biasa.
Apabila telah KEEP WARM, Jangan terus OFF, biarkan KEEP WARM selama 20-25 minit supaya nasi masak dengan sempurna...
No comments:
Post a Comment