KEK PISANG
▼
Saturday, December 29, 2018
SAMBAL KERING IKAN SELAR....
SAMBAL KERING IKAN SELAR
sumber : Majalah RASA Ogos 2018...
Bahan-Bahan :
8-10 ekor ikan selar ~ siang & bersihkan (saya guna 4 ekor ikan sardin saiz besar & dipotong 2)
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng & menumis
Bahan Kisar Kasar :
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
15 biji cili padi
1 batang serai
Cara Memasak :
1. Gaulkan ikan dengan garam halus dan serbuk kunyit. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Keluarkan sedikit minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan bahan kisar hingga garing kemudian masukkan air asam jawa.
5. Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Akhir sekali tutup api, masukkan ikan dan gaul rata.
7. Ikan sedia dihidangkan panas-panas...
No comments:
Post a Comment