KEK PISANG
▼
Wednesday, December 5, 2018
TEMPE GORENG KICAP...
TEMPE GORENG KICAP
sumber : Fiza's Cooking...
Bahan-Bahan :
1 bungkus tempe
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 tangkai cili padi
2 batang serai ~ titik
3 cm halia
3 cm lengkuas
1 sudu besar jus asam jawa
3 sudu besar kicap manis
5 gm gula melaka ~ dihiris
Garam & gula secukupnya
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Mayang halus bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan cili padi. Ketepikan seketika.
2. Selepas itu hiris tempe nipis-nipis dan memanjang.
3. Goreng tempe sehingga garing dan toskan.
4. Panaskan minyak masak dan tumis semua bahan-bahan yang dimayang halus tadi dan serai. Masukkan juga gula melaka ke dalam tumisan.
5. Seterusnya masukkan kicap manis dan jus asam jawa. Perasakan dengan garam dan gula pasir secukup rasa.
6. Akhir sekali masukkan tempe yang telah digoreng dan gaul rata. (Jika suka masukkan juga kacang tanah yang digoreng terlebih dahulu). Masak sebentar sehingga kering dan matikan api dapur. Sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment