KEK PISANG
▼
Monday, February 25, 2019
MASAK LEMAK CILI API IKAN...
MASAK LEMAK CILI API
IKAN CENCARU BAKAR
sumber : MyResipi/Hanieliza...
Bahan-Bahan :
2-3 ekor ikan cencaru
2 cawan santan ~ dari 1/2 biji kelapa
10 biji terung telunjuk (saya guna 1 biji tomato belah 6)
3 keping asam gelugor
3 batang serai ~ diketuk
15 biji cili api *
3 biji bawang merah *
1 inci kunyit hidup * ( * dikisar/ditumbuk lumat )
Garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Basuh ikan cencaru dan toskan.
2. Bakar ikan di atas pemanggang sehingga masak.
3. Buangkan kulit tebal ikan.
4. Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih dan pekat.
5. Masukkan ke dalam mangkuk dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment