KEK PISANG

Sunday, March 31, 2019

POPIA JEJARI KETAM DENGAN CHEESE...








POPIA JEJARI KETAM
DENGAN CHEESE
sumber :    Insta@Surianti Ramli




Bahan Inti :

2  sudu besar  minyak masak
1/2  biji  bawang besar  ~  potong dadu
7  batang  jejari ketam  ~  hiris kecil
Secubit garam
1/2  batang  lobak merah  ~  sagat@parut


Bahan Lain :

Cheddar cheese secukupnya  ~  sagat
2  sudu besar  tepung gandum + sedikit air dibancuh  ~  sebagai bahan pelekat
Kulit popia saiz besar  ~  anggaran 10 keping
Minyak masak secukupnya  ~  untuk menggoreng
Sos pencicah pilihan


Cara-Cara :

1.  Bahan Inti :   Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali.  Tumis bawang besar sehingga berbau harum dan sedikit layu.  Kemudian masukkan jejari ketam, lobak merah dan garam sehingga masak dan kering.  Tutup api dan sejukkan.

2.  Penyediaan :   Ambil sehelai kulit popia, letakkan bahan inti secukupnya kemudian letakkan sedikit cheese.  Lipat kiri kanan, gulung, sapu hujungnya dengan bahan pelekat sehingga kemas.  Buat sehingga siap.
Goreng sehingga kekuningan.  Angkat, hidangkan dengan sos pencicah pilihan.




ROTI JALA COKLAT...








ROTI JALA COKLAT &
KUAH MANIS
sumber :    linapg...




Bahan-Bahan :

1  cawan  tepung gandum
1  cawan  air
1  sudu kecil  minyak masak
1  biji  telur gred A
2  sudu kecil  serbuk koko
2  sudu besar  gula kastor/gula pasir
2  sudu besar  susu pekat manis
Secubit garam


Cara-Cara :

1.  Satukan semua bahan ke dalam blender dan blend/kisar sebati (atau gaul guna hand whisk) kemudian tapiskan.

2.  Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala.

3.  Panaskan kuali non-stick pan, sapukan sedikit minyak.  Kirai/jala adunan ke atas non-stick pan, biarkan selama 1 minit sehingga masak, kemudian angkat, lipat/gulung.  Buat sehingga siap.

4.  Roti Jala Coklat ini sedap dimakan begitu saja.  Kemanisan sedang-sedang jer.  Boleh juga dicicah susu pekat manis, kuah manis atau sebarang sos kegemaran.


 KUAH MANIS
sumber :    blogmazeer.com


Bahan-Bahan :

1 1/2  cawan santan
1/4  cawan  gula
1/4  cawan  gula merah
1  sudu makan  tepung gandum + 2 sudu makan air,  dibancuh
2  helai  daun pandan  ~  siat & simpul
Secubit garam


Cara-Cara :

Satukan semua bahan untuk kuah manis di dalam periuk.  Didihkan sehingga agak pekat dengan api sederhana.  Sesuaikan rasanya.  Sedia dihidangkan bersama Roti Jala.





RENDANG HIJAU AYAM...








RENDANG HIJAU AYAM
sumber :    yatiememories...




Bahan-Bahan :

1  ekor  ayam  ~  dipotong 12 bahagian
250  ml  santan
2  sudu besar  kerisik
2  keping  asam gelugor
2  helai  daun kunyit  ~  buang urat & hiris halus
1/2  cawan  minyak masak untuk menumis
Garam & gula secukup rasa
Sedikit air,  jika perlu


Bahan Kisar :

4  batang  serai  ~  hiris halus
1  inci  halia
1  inci  kunyit hidup
1  inci  lengkuas
30  biji  cili padi hijau
4  tangkai  cili hijau
10  biji  bawang merah
1  labu  bawang besar
5  ulas  bawang putih


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing.

2.  Kemudian masukkan ayam dan kacau sehingga rata.  Selepas itu masukkan santan, kerisik, asam gelugor, garam dan gula secukup rasa.

3.  Kacau lagi di atas api yang perlahan dan masak sehingga pekat.  Masukkan daun kunyit.  Bila cukup kering, bolehlah diangkat.

4.  Sedia untuk dihidangkan.




Wednesday, March 27, 2019

TEPUNG BOKO UBI KAYU GULA MERAH...








TEPUNG BOKO UBI KAYU
GULA MERAH
sumber :    Qasey Honey.blogspot.com




Bahan Lapisan Bawah :

2  cawan  ubi kayu  ~  diparut
1  cawan  gula merah
1  cawan  air
3  helai  daun pandan  ~  disimpul


Cara-Cara :

Masak bahan-bahan di atas kecuali ubi kayu sampai larut.
Kemudian tapis dan sejukkan.
Dalam loyang, campurkan parutan ubi kayu dengan bahan yang dimasak tadi.
Kacau rata.  Tuangkan ke dalam loyang/bekas kecil.
Kukus sampai masak.  (bekas kecil, anggaran 10-12 minit api sederhana, loyang 8 inci anggaran 45 minit sehingga masak).
Angkat dan ketepikan.


Bahan Lapisan Atas :

1  cawan  santan pekat  (1 kotak santan KARA)
1  cawan  air
3  sudu besar  tepung beras
1  sudu kecil  gula
1/2  sudu kecil  garam atau secukup rasa
1  helai  daun pandan  ~  disimpul  (optional)


Cara-Cara :

Satukan semua bahan di atas di dalam periuk/kuali.
Kacau sehingga semua bahan sebati dan larut.
Buka api perlahan dan masak sehingga pekat, meletup-letup.
Angkat dan nikmati bersama ubi kayu kukus tadi.



FRUIT TART LAGI !!!




FRUIT TART SEDAP, buat lagi memandang anak-anak suka
tapi kali ni buat bentuk kecil-kecil, senang nak makan...


Tuesday, March 26, 2019

FRUIT TART SEDAP.!!!







FRUIT TART SEDAP.!!!
sumber :    dapurkaknoor.blogspot.com




Bahan Kulit Tart :

170  gm  marjerin atau butter
50  gm  gula aising
1  biji  telur gred C
290  gm  tepung gandum
1  sudu kecil  esen vanilla

Acuan tart secukupnya


Cara-Cara :

Pukul marjerin dan gula aising dengan menggunakan senduk kayu atau spatula.  
Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla.  Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.  Uli sehingga menjadi doh yang lembut.
Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik, masukkan doh ke dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.

Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart.  Cucuk dengan garfu pada bahagian dasar sebelum dibakar.
Bakar pada suhu 170'C selama 20-25 minit atau sehingga masak.  
Crust atau shell ini boleh disediakan awal.  Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama.
Tunggu Crust atau Shell benar-benar sejuk sebelum diletakkan filling.


Resipi Filling Kastad :

1  cawan  tepung kastad
2  cawan  susu cair
2  cawan  air
3/4  cawan  gula  (boleh kurangkan ke 1/2 cawan)
1  sudu besar  marjerin/mentega

Cara-Cara :

1.  Masukkan semua bahan kecuali marjerin/mentega ke dalam periuk dan masak dengan api yang sederhana sehingga pekat.

2.  Masukkan marjerin/mentega.  Matikan api dan kacau sehingga marjerin/mentega cair sepenuhnya.

3.  Masukkan ke dalam piping bag.


Buah-Buahan :

Mengikut selera sendiri  ~  (anggur hijau, anggur merah, peach, strawberry, kiwi dll. ~ potong mengikut citarasa masing-masing)

***  Sebaiknya potong buah-buahan dahulu sebelum mengadun krim kastad kerana kastad cepat membeku dan akan menyukarkan kita meletakkan buah-buahan di atasnya.
***   Coklat masakan secukupnya yang dicairkan menggunakan kaedah double boiler .... optional.


Cara Untuk Menghias :

1.  Sapu nipis coklat masakan yang dicairkan terlebih dahulu pada Crust/Shell...ketepikan seketika.

2.  Picitkan adunan kastad ke dalam tart crust/shell.

3.  Susunkan dengan buah-buahan pilihan.

4.  Glis buah-buahan dengan piping jelly ~ supaya nampak berkilat.


NOTA :

1.  Untuk adunan kastad, boleh juga menggunakan 4 cawan air sahaja (tanpa menggunakan susu).  Dengan ini adunan kastad akan nampak lebih striking/keemasan lagi.

2.  Semasa memicit adunan kastad, boleh juga menggunakan nozzle berbentuk bintang.

3.  ** Ana pernah cuba guna air sahaja tapi hasilnya agak kurang kena dengan selera, jadi kali ini guna susu cair ikut resipi di atas....Alhamdulillah sedap.

4.  Tujuan menyapu coklat cair di dalam crust/shell adalah supaya crust/shell tahan lama dan tak mudah lemau bila diletakkan adunan krim kastad.

NOTA :   1/2 adunan krim kastad cukup untuk 50 biji tart.




Saya hias dengan fruit cocktail yang ditoskan memandangkan tiada buah-buahan segar dalam simpanan tetapi tetap sedap.!!!


IKAN KEMBUNG ASAM PEDAS...









IKAN KEMBUNG ASAM PEDAS
sumber :    FB@Resepi Aqilah II...




Bahan-Bahan :

Beberapa ekor ikan kembung  ~  bersihkan, nak potong 2 pun boleh
10  batang  bendi
2  batang  serai  ~  dititik
1/2  cawan  air asam jawa  atau  1 keping asam keping
1  cekak  daun kesum
Minyak masak untuk menumis
Garam secukup rasa
1  kuntum  bunga kantan  (jika suka)
Air secukupnya


Bahan Kisar :

8  ulas  bawang merah
18  tangkai  cili kering  ~  rendam dalam air panas seketika & toskan
4  ulas  bawang putih
3  batang  cili merah
1  inci  belacan


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak secukupnya dalam kuali, kemudian tumiskan semua bahan kisar bersama serai yang dititik tadi.  Tumis sehingga terbit minyak dan harum.

2.  Masukkan air asam jawa dan air secukupnya kemudian biarkan sehingga kuah mendidih.  Masukkan daun kesum dan perasakan dengan garam secukup rasa.

3.  Masukkan ikan dan biarkan merenih dan lembut.  Masukkan bendi dan bunga kantan (jika guna).  Bila bendi dah lembut atau lebur, Ikan Kembung Asam Pedas siap untuk dihidangkan.!!!

PRATA APPLE PIE....VERSI CEPAT SIAP.!!!










PRATA APPLE PIE....VERSI
CEPAT SIAP.!!!
sumber :    tiffinbiru@CMG...




Bahan-Bahan :

2  keping  instant Prata jenama "KAWAN"  (saya guna 4 keping)
2  biji  epal hijau
1  genggam  kismis
1  batang  kulit kayu manis
1  sudu besar  gula perang
Secubit garam
1 1/2  sudu besar  mentega
1/2  sudu besar  tepung jagung
Sedikit jus lemon  (optional)


Cara-Cara :

1.  Untuk Inti Epal :   Epal dikupas kulit, buang empulur, hiris dan potong dadu kecil.  Panaskan mentega di dalam periuk/kuali, masukkan epal dan kulit kayu manis serta gula perang, goreng sehingga epal lembut dan gula mencair.
Masukkan kismis dan sedikit garam.  Kacau rata dan masak sekejap.  Tambahkan jus lemon (jika guna) dan tepung jagung, gaul rata dan masak sehingga inti epal pekat.  Rasa dan jika 'OK' bolehlah matikan api.  Sejukkan.

2.  Untuk Prata Apple Pie :   Panaskan kuali non-stick, lenser dengan sedikit minyak.  Masukkan 1 keping roti prata dan masak untuk 1 minit dengan api sederhana.  Terbalikkan dan letakkan 1/2 bahagian inti epal tadi, tapi pada sebahagian prata sahaja seperti dalam gambar di atas.  

3.  Berhati-hati ketika terbalikkan prata, gunakan senduk kayu atau plastik, lipat prata tadi seperti dalam gambar.  Tekan sedikit tepi-tepinya dengan sudu.  Masak dengan api kecil sehingga kuning keemasan.  Terbalikkan dan masak lagi sehingga semua bahagian sekata warnanya.  Kerat 2 dan hidangkan...





RENDANG TELUR CILI KERING...







RENDANG TELUR CILI KERING
sumber :    Instagram@majalahrasa...




Bahan-Bahan :

4  biji  telur  ~  rebus  (saya guna telur gred C 5 biji)
6  biji  bawang merah  ~  kisar
3  ulas  bawang putih  ~  kisar
1  inci  halia  ~  kisar
1  inci  kunyit hidup  ~  kisar
2  batang  serai  ~  hiris
1  helai  daun kunyit  ~  hiris
3  sudu makan  cili kering kisar
1  sudu makan  kerisik
1  mangkuk  santan
Sedikit minyak masak
Garam & gula secukup rasa


Cara Memasak :

Panaskan minyak masak secukupnya di dalam kuali.
Tumis bahan kisar serta cili kering kisar sehingga terbit wangi.
Setelah bahan tumisan garing dan pecah minyak, masukkan santan dan hirisan serai.  Kacau sekata.
Masukkan telur yang direbus, kerisik dan biarkan mendidih sehingga kuah pekat.
Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.  Kacau sebati.  Angkat dan sedia dihidangkan.





Sunday, March 24, 2019

SAMBAL AYAM SERAI...








RESIPI SAMBAL AYAM SERAI
sumber :    tiffinbiru@CMG...




Bahan-Bahan :

1/2  ekor  ayam  ~  kurang lebih 800 gm, potong kecil, cuci bersih & toskan *
1/2  sudu besar  serbuk kunyit *
1  sudu kecil  garam *   ( * disatukan, gaul rata & perap sekejap)
3/4  cawan  cili kisar
1/4  cawan  sos tomato
2  batang  serai  ~  diketuk
1  helai  daun pandan  ~  disimpul
1  biji  bawang holland  ~  hiris kasar
1  sudu besar  gula melaka
3/4  sudu besar  pes asam jawa
1  cawan  air
Garam secukup rasa
Minyak masak


Bahan-Bahan Kisar Halus :

8  biji  bawang merah
3  ulas  bawang putih
1  inci  halia
1  inci  belacan
3  biji  buah keras  ~  hiris/ketuk


Cara Memasak :

1.  Ayam digoreng sehingga masak, tidak perlu sampai garing, angkat dan toskan.  Dalam kuali yang sama, keluarkan minyak dan tinggalkan kurang lebih 3/4 cawan.  Tumis serai dan daun pandan sehingga wangi.  Masukkan bahan-bahan kisar halus dan masak sehingga harum.  Tambah cili kisar, kacau dan masak sehingga cili garing dan naik minyak.  Guna api kecil dan kacau sentiasa.

2.  Masukkan pes asam jawa dan sos tomato, kacau rata dan masak sekejap.  Tambahkan ayam, gaul dan tuangkan air.  Masukkan gula melaka, kacau dan masak sehingga sambal pekat.  Perasakan dengan garam secukupnya, masukkan bawang holland yang dihiris, kacau dan masak sehingga bawang lembut.  Sesuaikan rasa dan tutup api.

3.  Hidangkan dengan nasi panas dan lauk-pauk lain.