KEK PISANG
▼
Thursday, May 30, 2019
BEBOLA AYAM MASAK SAMBAL MUDAH...
RESIPI BEBOLA AYAM MASAK
SAMBAL MUDAH
sumber : Teratak Mutiara Kasih@linapg ...
Bahan-Bahan :
Bebola ayam secukupnya (linapg guna 30 biji), (saya guna 30 biji bebola daging)
1 labu bawang besar ~ kisar
2 ulas bawang putih ~ kisar
1 sudu makan cili giling (boleh tambah jika suka pedas)
1 sudu kecil gula merah
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
1 sudu kecil cuka makan
Minyak masak
Air
Garam, gula/perasa (jika perlu)
Cara Memasak :
1. Bebola ayam/daging dikelar/buat cross section kat atasnya, kemudian goreng sehingga golden brown. Ketepikan.
2. Keluarkan lebihan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis. Tumis bahan-bahan kisar sehingga garing.
3. Masukkan cili giling, gula merah. Tumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan juga cuka makan, kacau sebentar. Masukkan sedikit air (agak-agak sesuai dengan kuantiti bebola ayam/daging).
5. Masukkan bebola ayam/daging yang telah digoreng tadi. Gaul sebati. Sesuaikan rasanya. Tambahkan garam dan gula/perasa jika perlu.
6. Sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment