KEK PISANG
▼
Friday, June 28, 2019
IKAN SELAR KUNING MASAK SINGGANG ...
RESIPI IKAN SELAR KUNING
MASAK SINGGANG
sumber : kisahresipi.com
Bahan-Bahan :
5 ekor ikan selar kuning
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 batang serai ~ diketuk
6 biji kacang bendi (saya tambah)
Garam secukupnya
Serbuk kunyit atau 1 inci kunyit hidup
5 keping asam gelugor
Cili merah ~ dibelah dua
3 biji cili api
Air secukupnya
Cara Memasak :
1. Tumbuk semua bawang, halia dan lengkuas. Serai diketuk sikit.
2. Sediakan air dalam periuk. Masak hingga mendidih. Bila dah mendidih, masukkan bahan-bahan yang sudah ditumbuk tadi, letak sedikit serbuk kunyit,serai dan garam.
3. Tunggu sehingga air mendidih lagi kemudian masukkan asam gelugor, cili merah, cili api, kacang bendi dan ikan. Masukkan garam secukup rasa.
4. Bila ikan sudah agak masak, dan kuah dah mendidih, tutup api.
No comments:
Post a Comment