KEK PISANG
▼
Monday, July 1, 2019
SAMBAL DAGING ...
RESIPI SAMBAL DAGING
sumber : yatiememories, hanieliza ...
Bahan-Bahan :
500 gm daging batang pinang ~ hiriskan nipis & kecil
1 biji bawang besar ~ hiris bulat & leraikan
1 biji buah tomato ~ belah 6
1 tangkai cili merah ~ hiris serong
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap
2 batang serai ~ titik
5 helai daun limau purut ~ carik
1/2 cawan minyak masak untuk menumis
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Bahan Kisar :
20 tangkai cili kering atau 1 cawan cili kisar
2 labu bawang besar (atau 1 biji bawang besar + 5 biji bawang merah)
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak dan tumiskan serai dan bahan kisar sehingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan daging yang telah dicuci bersih dan ditoskan.
3. Masakkan sehingga daging lembut.
4. Masukkan sos tomato, kicap, garam dan secubit gula. Kacau rata.
5. Masukkan tomato, cili merah, bawang besar dan daun limau purut. Kacau rata sekali lagi.
6. Rasakan garamnya, tutup api dan bolehlah dihidangkan.
INFO : Kalau guna daging biasa, rebus sehingga empuk dan toskan. Masak seperti biasa.
No comments:
Post a Comment