KEK PISANG
▼
Wednesday, July 24, 2019
IKAN GORENG BERLADA STAIL MINANG ...
IKAN GORENG BERLADA STAIL MINANG
sumber : Azie Kitchen ...
Bahan-Bahan :
4 keping ikan merah ~ lumur garam kunyit (saya guna 1 ekor ikan cencaru saiz sederhana, dipotong 4 bahagian)
10 biji cili merah
6 ulas bawang merah
1 keping asam gelugor/air asam jawa
Garam & gula
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Goreng ikan sehingga garing dan angkat serta ketepikan.
2. Tumbuk/kisar cili merah dan bawang merah sehingga hancur. Tumis bahan tumbuk sehingga pecah minyak.
3. Masukkan asam gelugor, garam dan gula secukup rasa serta sedikit air. Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng ke dalam kuali dan gaul rata.
4. Sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment