KEK PISANG
▼
Wednesday, July 24, 2019
TUMIS KACANG PANJANG TELUR MASIN ...
TUMIS KACANG PANJANG
TELUR MASIN
sumber : Fiza's Cooking...
Bahan-Bahan :
300 gm kacang panjang (dipotong sepanjang 1 inci)
1/2 batang lobak merah (dihiris memanjang - saya tambah)
1 sudu besar sambal belacan ATAU tumbuk 1 tangkai cili merah dengan 1 sudu teh belacan
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil lada sulah
1/4 cawan air
5 ekor udang saiz sederhana (kupas kulitnya)
1 biji telur masin (direbus & belah dua, 1 bahagian dicincang & 1 bahagian lagi dipotong baji)
Bahan Tumis :
2 sudu besar minyak masak
2 ulas bawang putih *
3 ulas bawang merah *
1/2 tangkai cili besar * (* dihiris)
Bahan Sos :
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1/2 sudu besar sos sotong
Cara Memasak :
1. Dalam kuali, masukkan minyak masak. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili besar sehingga harum dan keperangan.
2. Masukkan pula kacang panjang dan udang sambil dikacau.
3. Masukkan air dan masak sehingga kacang panjang lembut sedikit.
4. Seterusnya masukkan bahan sos, lada sulah dan gula sambil dikacau. Jika kuah agak pekat, bolehlah dimasukkan sedikit air lagi. Masukkan juga satu sudu besar sambal belacan.
5. Masukkan pula sebahagian telur masin yang dihancurkan dan kacau rata serta matikan api dapur.
6. Hidangkan sayur yang telah masak dengan menaburkan sebahagian lagi telur masin yang dipotong baji.
No comments:
Post a Comment