KEK PISANG
▼
Wednesday, July 24, 2019
KARI IKAN BERSAMA TERUNG ...
KARI IKAN BERSAMA TERUNG
sumber : anissdairy.blogspot.com
Bahan-Bahan :
3 potong isi ikan pilihan bahagian ekor (saya guna 1 ekor ikan cencaru saiz sederhana dipotong 4 bahagian)
3 biji terung ungu saiz kecil ~ dibelah dua
5 biji bawang merah ~ dihiris
2 biji bawang putih ~ dihiris
1 batang serai ~ dititik (saya tambah - optional)
1/2 sudu kecil halba
3 tangkai daun kari ~ dilurutkan
3 biji bawang besar ~ dikisar
1/2 inci halia ~ dikisar
2 sudu besar rempah kari ikan ~ digaul dengan bahan kisar
Sedikit air asam jawa untuk mengisar
1 cawan santan
Sedikit garam & gula
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak secukupnya dalam periuk/kuali. Tumiskan bahan-bahan hiris, halba dan daun kari sehingga keperangan.
2. Masukkan campuran bawang besar kisar dan serbuk kari. Gaul rata dan biarkan sehingga pecah minyak.
3. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Setelah sebati rasanya dengan bahan-bahan tumis tadi, masukkan ikan dan gaul lagi.
5. Masukkan sedikit air, agak-agak tenggelam ikan tadi. Bila mendidih tambahkan dengan santan dan terung.
6. Masak dengan dikacau sekali-sekala sehingga kuah mendidih dan terung empuk/lembut.
7. Sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment