KEK PISANG
▼
Thursday, August 29, 2019
KARI AYAM BERSAMA KACANG BENDI ...
KARI AYAM BERSAMA KACANG BENDI
sumber : ruzitakitchen ...
Bahan-Bahan :
5 batang kacang bendi
500 gm ayam ~ potong kecil
2 biji kentang ~ kupas kulit & belah empat
1 biji tomato ~ belah 4 (me : tambah)
3 sudu besar serbuk rempah kari ayam/daging ~ bancuh dengan sedikit air
2 tangkai daun kari *
1 inci halia ~ hiris
3 ulas bawang merah ~ hiris
3 ulas bawang putih ~ hiris
1 batang kulit kayu manis *
3 kuntum bunga lawang *
2 biji buah pelaga *
1 sudu kecil halba *
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
2 sudu besar cili kisar
200 ml santan pekat atau boleh juga guna santan kotak
700 ml air
1 senduk minyak masak
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga layu.
2. Masukkan bahan-bahan bertanda (*) dan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan rempah kari dan tumis sekejap.
4. Masukkan ayam dan kentang, perlahankan api dan tutup periuk.
5. Bila ayam empuk, masukkan air, garam, gula, cili kisar dan masak sehingga mendidih.
6. Masukkan kacang bendi dan tomato (jika guna).
7. Masukkan santan dan kacau perlahan-lahan sehingga mendidih.
8. Sesuaikan rasa dan siap untuk dihidangkan...
No comments:
Post a Comment