KEK PISANG
▼
Thursday, August 29, 2019
TEMPE GORENG DAUN BAWANG ...
TEMPE GORENG DAUN BAWANG
sumber : www.rasa.my
Bahan-Bahan :
1 keping tempe ~ potong dadu
1 keping tauhu ~ potong dadu
2 pokok daun bawang ~ potong 3 cm
1 biji bawang besar ~ hiris
1 sudu makan udang kering ~ rendam seketika & toskan
2 ulas bawang putih ~ titik
1 sudu makan pes cili kering
Garam, gula secukup rasa
Minyak masak ~ untuk menggoreng & menumis
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak, goreng tempe dan tauhu secara berasingan, angkat dan ketepikan.
2. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
3. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan udang kering sehingga wangi.
4. Kemudian masukkan pes cili kering, kacau lagi.
5. Masukkan tempe dan tauhu diikuti daun bawang.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7. Kacau seketika dan tutup api.
8. Siap untuk dihidangkan...
No comments:
Post a Comment