KEK PISANG
▼
Friday, August 16, 2019
KARI AYAM TANPA SANTAN ...
KARI AYAM TANPA SANTAN
sumber : Surianti Ramli ...
Bahan-Bahan :
1 ekor ayam ~ dipotong kecil, cuci & toskan
2 paket kecil serbuk rempah kari ayam/daging (me : Babas)
1 sudu besar serbuk kunyit
Rempah 4 sekawan
1 labu bawang besar ~ dimayang (untuk menumis)
Daun kari secukupnya
Air secukupnya (anggaran 3 cawan)
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
Bahan Kisar :
1 labu bawang besar
Halia sebesar ibu jari
3 ulas bawang putih
Bahan Lain :
Ubi kentang
Buah tomato
Cili merah
Cili padi ~ ikut tahap kepedasan masing-masing
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak secukupnya, tumis rempah 4 sekawan. Masukkan bawang besar yang dimayang dan juga daun kari. Bila telah harum, masukkan cili merah dan cili padi.
2. Setelah bahan tumis telah layu dan naik baunya, masukkan bahan kisar dan rempah kari serta serbuk kunyit. Kacau sebentar.
3. Masukkan ayam dan kacau sebati. Tutupkan periuk dengan penutupnya/tudung. Masak sehingga pecah minyak.
4. Tambahkan air, kentang dan garam. Tutupkan tudung periuk semasa proses ini. Bila kentang dan ayam mulai empuk, masukkan buah tomato.
5. Kacau sebati, sesuaikan rasanya dan terus matikan api. Siap untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment