KEK PISANG
▼
Friday, September 20, 2019
AYAM MASAK BALI ...
RESEPI AYAM MASAK BALI
sumber : tiffinbiru@CMG ...
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam saiz sederhana ~ potong ikut suka, cuci bersih & toskan *
1 sudu teh penuh serbuk kunyit *
3/4 sudu teh garam * ( * disatukan, gaul rata & perap sekejap )
6 batang serai ~ dititik
4 pelepah daun kari
1 sudu besar kicap lemak manis JALEN atau apa-apa brand yang halal
1/3 cawan cili kisar
1 sudu besar rata gula
Garam secukup rasa
1/2 cawan air
Bahan-Bahan Kisar Halus :
4 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci belacan
Cara Memasak :
1. Goreng ayam tadi sehingga masak, tapi jangan sampai garing, cuma embal-embal saja dengan api sederhana dan tutup kuali, goreng dalam 15 minit sambil dibalik-balikkan, kemudian angkat dan toskan.
2. Dalam kuali yang sama, cedok keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 1/4 cawan minyak. Tumis serai sehingga harum, masukkan daun kari dan masak sekejap. Tambah bahan-bahan kisar halus dan cili kisar. Kacau rata, masak sehingga garing dan naik minyak.
3. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tambah ayam, gaul rata dan tuangkan air. Masak sehingga pekat. Kacau sekali sekala. Akhir sekali masukkan kicap lemak manis, gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika 'ok' bolehlah matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk-pauk lain.
No comments:
Post a Comment