KEK PISANG
▼
Wednesday, September 4, 2019
BENDI GORENG TELUR ASIN ...
BENDI GORENG TELUR ASIN
sumber : mamawandiha.blogspot.com
Bahan-Bahan :
20 biji bendi ~ dicuci & tos
1 biji telur asin
1 biji telur ayam
3 ulas bawang merah ~ dihiris
1/2 biji capsicum merah/kuning (me : tak letak, tiada)
2 sudu besar sos tiram
Garam (jika perlu)
Minyak masak secukupnya
Bahan ditumbuk halus :
3 ulas bawang putih
3 biji cili padi
1 biji cili merah
Cara Memasak :
1. Pecahkan telur asin dan telur ayam dalam satu mangkuk. Hancurkan kuning telur asin dan kacau sebati dengan telur ayam.
2. Hiris tebal kacang bendi yang sudah ditoskan.
3. Panaskan minyak masak secukupnya, tumiskan bawang merah hiris dan bahan tumbuk sehingga wangi. Masukkan bancuhan telur. Tutup sekejap kuali dengan penutup periuk/penutup pengukus. Bila nampak telah beku/set sedikit, kacau rata dan hancurkan.
4. Masukkan bendi, capsicum dan sos tiram, kacau rata. Tutup lagi dan sesekali dibuka penutup dan kacau dan tutup lagi. Pastikan sehingga bendi lembut. Raskan jika kurang masin boleh tambahkan sedikit garam. (sebab kadang-kadang ada jenis telur asin yang kurang masin).
5. Sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment