KEK PISANG
▼
Wednesday, September 4, 2019
SAMBAL MANIS BEBOLA AYAM ...
SAMBAL MANIS BEBOLA AYAM
sumber : sajiandapurbonda ...
Bahan-Bahan :
1 kg bebola Ayamas tanpa salut ~ digoreng hingga masak (me : guna sosej dipotong ikut citarasa)
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
3 sudu besar gula perang
2 cawan air (me : guna 1 cawan jer)
1/2 kiub pati ayam
Gula putih & garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Bahan Kisar :
4 senduk nasi cili kisar (me : guna 3 sudu besar)
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 biji tomato saiz sederhana yang cukup masak
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak secukupnya di dalam kuali. Goreng bebola ayam sehingga masak dan ketepikan.
2. Panaskan kembali kuali. Ambil sedikit minyak masak daripada gorengan bebola ayam tadi untuk menumis. Tumis bahan-bahan kisar sehingga cili garing/terbit bau.
3. Masukkan 2 cawan air dan kacau. Kemudian masukkan pula sos cili, sos tiram, kicap manis, gula perang, gula putih dan garam secukupnya. Kacau rata dan masak sehingga kuah mendidih.
4. Setelah kuah mendidih, masukkan gorengan bebola ayam tadi dan kacau rata. Biarkan seketika di atas dapur sehingga sambal mendidih sekali lagi.
5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment