KEK PISANG
▼
Monday, September 16, 2019
MASAK KICAP PEDAS IKAN TENGGIRI ...
MASAK KICAP PEDAS IKAN TENGGIRI
sumber : Azie Kitchen ...
Bahan-Bahan :
1 ekor ikan tenggiri ~ dipotong, cuci bersih, lumur garam kunyit & goreng
1 biji bawang besar ~ dihiris
1 tangkai cili merah ~ dihiris menyerong
4 helai daun limau purut (me : guna sayur saderi ~ dipotong kasar)
4 tangkai cili padi
1-2 sudu besar cili kisar
2 batang kulit kayu manis
Garam
Kicap manis
Minyak masak
Bahan Kisar :
3-4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumis kulit kayu manis dan bahan kisar sehingga garing kekuningan. Masukkan cili kisar dan kacau sehingga cili masak. Masukkan sedikit air dan biarkan sehingga pecah minyak.
2. Setelah pecah minyak, masukkan air dan kicap secukupnya. Biarkan mendidih.
3. Masukkan daun limau purut/sayur saderi dan ikan yang telah digoreng. Perlahankan api biarkan sehingga ianya sebati.
4. Masukkan cili merah, cili padi, bawang besar dan garam secukup rasa.
5. Tutup api. Sedia untuk diangkat dan dihidangkan.
No comments:
Post a Comment