KEK PISANG
▼
Monday, September 16, 2019
TERUNG GORENG BERLADO ...
TERUNG GORENG BERLADO
sumber : Azie Kitchen ...
Bahan-Bahan :
3-4 biji terung ungu ~ dipotong ikut citarasa
Garam
Gula
Minyak masak
Bahan Kisar :
4 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji tomato
Cara Memasak :
1. Terung yang telah dipotong direndam dengan sedikit air garam seketika. Tos dan goreng seketika. Angkat dan ketepikan.
2. Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar sehingga masak dan naik bau.
3. Masukkan garam dan gula secukupnya. Jika kurang masam, boleh tambah asam keping.
4. Masukkan terung yang telah digoreng ke dalam kuali dan kacau sebati dengan sambal.
5. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api.
6. Hidangkan.
No comments:
Post a Comment