KEK PISANG
▼
Monday, October 14, 2019
IKAN SARDIN TIN SEDAP ...
RESEPI IKAN SARDIN TIN SEDAP
sumber : Insta@myresepi ...
Bahan-Bahan :
1 tin kecil ikan sardin
2 tangkai cili besar ~ belah memanjang
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ dicincang
2 sudu besar sos tiram
Kicap manis atau kicap masin secukupnya ~ sebagai pewarna sahaja
2 sudu teh asam jawa tanpa biji@pes asam jawa Adabi
Air ikut sukatan tin sardin, penuh
3 sudu besar minyak masa
Cara Memasak :
Panaskan minyak masak, tumiskan bawang putih sehingga naik bau wangi (jangan biarkan bawang putih menjadi kuning). Kemudian masukkan ikan sardin dan pastikan api dapur dikecilkan.
Agak-agak ikan sardin mendidih, masukkan asam jawa dan air mengikut sukatan 1 tin penuh.
Setelah kuah ikan sardin mulai pekat, masukkan sos tiram dan kicap manis atau masin 2 sudu besar.
Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar dan cili besar.
Biarkan lebih kurang 2 minit dan angkat sebelum bawang besar menjadi lembik.
Sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment