KEK PISANG
▼
Thursday, October 10, 2019
SAMBAL TEMPE & TAUHU ...
SAMBAL TEMPE & TAUHU
Bahan-Bahan :
1-2 paket tempe ~ dihiris memanjang
2 keping tauhu ~ dihiris memanjang
1 mangkuk kecil ikan bilis
3 sudu besar cili kisar
3 sudu kecil gula
4 ulas bawang merah ~ ditumbuk halus
1/4 cawan air
Sedikit garam & serbuk kunyit
Minyak masak untuk menggoreng
1/4 kiub pati ikan bilis, jika suka
Cara Memasak :
1. Tempe yang telah dihiris digaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
2. Tauhu yang dihiris digaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
3. Panaskan minyak masak secukupnya dan goreng tauhu sehingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.
4. Kemudian masukkan pula tempe, goreng sehingga garing. Angkat dan toskan minyaknya kemudian gorengkan pula ikan bilis sehingga garing, angkat dan toskan minyaknya.
5. Tinggalkan sedikit minyak gorengan tadi di dalam kuali, masukkan cili kisar. Kacau sehingga ia masak/garing baru dimasukkan bawang tumbuk tadi, kacau rata.
6. Bila dah berbau wangi, masukkan air dan tambah gula serta secubit garam. Kacau sehingga air agak kering dan rasa masin manisnya.
7. Bila dah sesuai rasanya, masukkan semua bahan dan kacau sebati. Tutup api dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment