KEK PISANG
▼
Thursday, December 19, 2019
TERUNG GORENG BERLADA ...
TERUNG GORENG BERLADA
sumber : salamisimon1.blogspot.com
Bahan-Bahan :
3 biji terung ungu ~ belah 2 & potong serong, rendam dalam air untuk elak lebam.
1 cawan isi udang segar
1 sudu kecil pati asam jawa ~ bancuh dengan sedikit air
Minyak masak secukupnya
Garam, gula & perasa pilihan
Bahan Tumbuk/Kisar Kasar :
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
1 sudu besar udang kering ~ rendam hingga kembang & toskan (boleh ganti dengan belacan)
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
Cara Memasak :
1. Goreng terung sehingga masak dan ketepikan.
2. Ambil 3 sudu besar minyak bekas gorengan terung tadi dan tumis kesemua bahan tumbuk sehingga pecah minyak.
3. Masukkan pati asam jawa dan udang segar. Masak sehingga udang berubah warna.
4. Perasakan dengan garam, gula dan perasa pilihan.
5. Masukkan terung yang telah digoreng tadi ke dalam kuali dan gaul dengan bahan tumisan. Tutup api dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment