KEK PISANG
▼
Friday, March 27, 2020
AYAM MASAK KICAP BERSAMA KENTANG ...
AYAM MASAK KICAP
BERSAMA KENTANG
sumber : iresipi.com/Che'Nom ...
Bahan-Bahan :
2 biji kentang
1/2 ekor ayam
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
2 sudu besar cili kisar
Kicap manis secukupnya
2 sudu besar sos tiram
1 biji tomato ~ belah 4 (tak letak)
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1 biji bawang Holland atau bawang besar
Daun bawang secukupnya
Bahan Tumbuk Halus :
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
Cara Memasak :
1. Kupas kulit kentang, potong kepada wedges dan gaul dengan sedikit garam. Panaskan minyak masak, goreng sehingga bahagian luar keperangan. Angkat dan toskan.
2. Gaulkan ayam yang dipotong kecil bersama sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng separuh masak. Angkat.
3. Keluarkan sedikit minyak gorengan ayam (jika banyak), tinggalkan dalam kuali anggaran 1 senduk. Tumis bahan tumbuk halus sehingga kekuningan dan naik bau.
4. Masukkan ayam, kacau rata dan kemudian masukkan kicap manis secukupnya, anggaran 1/2 mangkuk kecil.
5. Masukkan sos tiram dan sedikit air. Masak sehingga ayam lembut dan meresap kicap.
6. Masukkan tomato, serbuk lada sulah dan bawang Holland. Kacau sekejap sehingga layu.
7. Hias dengan taburan daun bawang.
TIPS : Tidak perlu lagi masukkan garam atau gula kerana bahan-bahan yang dimasukkan sudah mempunyai cukup rasa masin dan manisnya. Tetapi, anda boleh rasa dulu, jika perlu boleh masukkan secukup rasa.
No comments:
Post a Comment