KEK PISANG
▼
Wednesday, March 25, 2020
NASI LEMAK TUMIS ...
NASI LEMAK TUMIS
(TANPA SANTAN)
sumber : jendeladapursuriantiramli ...
Bahan-Bahan :
4 cawan beras
4 - 4 1/2 cawan air (ikut jenis beras masing-masing)
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam
Cara Memasak :
Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam periuk nasi. Biarkan seketika.
Bahan Tumis :
1/2 senduk minyak masak
1 inci halia
1 helai daun pandan ~ disimpul
1 batang serai ~ diketuk
5 ulas bawang merah ~ dimayang
3 ulas bawang putih ~ dimayang
Rempah 4 sekawan (1 kayu manis, 1 bunga lawang, 3 buah pelaga, 3 bunga cengkih)
Cara Memasak :
Panaskan minyak masak dan tumis semua bahan tumis di atas sehingga harum. Tutup api.
Kemudian tuangkan ke dalam periuk nasi tadi.
Kacau rata dan "ON" kan butang periuk nasi, masak seperti memasak nasi biasa.
Sambal Ayam
sumber : Chef Hanieliza ...
Bahan-Bahan :
500 gm ayam
2 tangkai serai ~ diketuk
1 biji tomato ~ dipotong dadu
1 labu bawang besar ~ dihiris kasar
1/2 cawan minyak masak
Garam secukup rasa
Bahan Untuk Sambal :
15 biji cili merah
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
Cara Memasak :
1. Buangkan kulit ayam dan potong kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan gorengkan serai dan ayam sehingga ayam agak garing. Angkat.
3. Tumiskan bahan untuk sambal sehingga garing.
4. Masukkan ayam, bawang besar dan tomato.
5. Kacau rata dan biarkan sehingga bawang layu dan sambal naik minyak.
6. Sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment