KEK PISANG
▼
Thursday, April 30, 2020
KARI IKAN BAWAL HITAM ...
KARI IKAN BAWAL HITAM
sumber : Azie Kitchen
Bahan-Bahan :
2 ekor ikan bawal hitam ~ lebih kurang 500 gm
7 ulas bawang merah ~ hiris
3 ulas bawang putih ~ hiris
1 sudu kecil halba campur
2 tangkai daun kari
3 tangkai cili padi ~ potong kecil
1 paket kecil rempah kari ikan ADABI
1 sudu kecil serbuk cili
6 batang bendi
2 batang cili hijau ~ patah 2
1 biji tomato ~ belah 4
1 sudu kecil penuh pes asam jawa ADABI ~ bancuh dengan sedikit air
1 - 1 1/2 sudu kecil garam
Santan secukupnya
Serbuk perasa ~ jika suka
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak yang banyak dan masukkan halba campur dan cili padi potong. Masukkan pula bawang merah dan bawang putih serta daun kari. Tumis sehingga wangi.
2. Bancuh rempah kari dengan sedikit serbuk cili dengan sedikit air, jika suka pedas. Masukkan rempah kari dan tumis sehingga rempahnya agak garing dan masak.
3. Setelah garing, masukkan santan dan air secukupnya. Masukkan air asam jawa. Setelah kuah mendidih, perlahankan api dan masukkan ikan. Kemudian biarkan kuah merenih dengan api kecil sehingga pecah minyak.
PETUA : jangan biarkan kuah kari mendidih ketika ini kerana ia akan menyebabkan ikan hancur.
4. Masukkan bendi, tomato dan cili hijau. Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa. Setelah kuah terbit minyak dan cantik, bolehlah tutup api. (Nak cantik, bolehlah celur bendi dengan dimasukkan sedikit minyak sehingga lembut). Tapi saya lebih suka, dimasukkan terus ke dalam kuah. Rasa bendi lebih sedap.
No comments:
Post a Comment