KEK LAICI GEBU GEBAS
( Cik Dayang Zuhaila )
Bahan-Bahan :
6 biji telur gred A
100 gm tepung naik sendiri (1 cawan)
80-100 gm gula kastor (1/2 cawan)
70 gm minyak masak (1/2 cawan)
1/2 cawan susu segar Full Cream (85 gm)
2 sudu teh esen vanilla
2 sudu teh Laici flavour (kordial laici pun boleh)
1 sudu teh cream of tartar
Pewarna pink atau pewarna ikut pilihan
Cara-Cara :
1. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul bahagian putih telur dan cream of tartar sampai berbuih, kemudian masukkan gula kastor sedikit demi sedikit, pukul sampai kental.
2. Dalam bekas yang lain pula, masukkan kuning telur, minyak, susu segar, perisa laici dan esen vanilla, pukul sehingga gebu. Masukkan tepung dan terus pukul lagi sehingga gebu.
3. Kemudian masukkan adunan putih telur@meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan kuning telur. Kaupbalik sehingga rata. Kacau perlahan-lahan sopan santun.
4. Bahagikan kepada 2 adunan sama rata. Masukkan pewarna, pink dan putih. Ikut suka warna yang anda ingini. Tuangkan ke dalam loyang bersaiz 8 inci, alas dengan baking paper@kertas minyak secara berselang-seli sehingga habis kedua-dua adunan tadi.
5. Bakar secara water-bath pada suhu 150'C selama 1 jam@sehingga masak.
SIAP !
No comments:
Post a Comment