KEK PISANG
▼
Monday, June 8, 2020
MASAK LEMAK UDANG
RESEPI MASAK LEMAK UDANG
sumber : Azie Kitchen
Bahan-Bahan :
10-15 ekor udang saiz sederhana besar
1 batang serai ~ ketuk
10 tangkai kacang panjang (me : tambah, potong-potong anggaran 1 inci)
1 kotak santan pekat
1 keping asam gelugor
Garam
Serbuk perasa
Bahan Tumbuk :
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
7-10 tangkai cili padi
1 inci kunyit hidup
Cara Memasak :
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, kunyit hidup sehingga lumat.
2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam kuali/periuk dan masak bahan tumbuk dengan santan dan serai dengan api perlahan sehingga mendidih sambil terus menerus dikacau supaya santan tidak berketul.
3. Bila mendidih masukkan kacang panjang. Biarkan sehingga kacang panjang sedikit lembut.
4. Kemudian masukkan asam gelugor, garam dan serbuk perasa.
5. Akhir sekali masukkan udang. Bila udang dah masak@berubah warna, bolehlah tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment