KEK PISANG
▼
Thursday, July 9, 2020
AYAM SOS TIRAM
RESEPI AYAM SOS TIRAM
sumber : resepichenom.com
Bahan-Bahan :
400 gm ayam
1 1/2 sudu kecil tepung jagung/tepung gandum
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap manis
1/2 cawan minyak masak
3 ulas bawang putih
1/2 biji bawang Holland
6-10 biji cili padi
1 pokok daun bawang
1 1/2 sudu besar sos tiram
Sedikit serbuk lada sulah
1/2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar tepung jagung + 3 sudu besar air
Air tambahan ~ untuk kuah
Cara Memasak :
1. Potong bawang putih (cincang kasar), bawang Holland, cili padi dan daun bawang.
2. Perap ayam dengan tepung jagung (1 1/2 sudu kecil), sos tiram (1 sudu besar) dan kicap cair (1 sudu besar). Gaul sebati dan perap dalam 10 minit.
3. Panaskan minyak masak kemudian tumis bawang Holland kemudian bawang putih. Bila bawang putih dah perang dan bawang Holland lembut, angkat dan ketepikan.
4. Di dalam kuali yang sama, gorengkan pula ayam. Bila ayam sedikit garing, masukkan pula sos tiram (1 1/2 sudu besar), serbuk lada sulah dan air.
5. Bila ayam dah hampir masak, masukkan cili padi, kicap manis (1/2 sudu besar) dan daun bawang. Biarkan mendidih seketika sehingga ayam lembut.
6. Masukkan air bancuhan tepung jagung. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan balik bawang-bawang yang digoreng tadi. Gaul sebati.
7. Sesuaikan rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
TIPS : Bawang perlulah diangkat selepas ditumis supaya ayam lebih garing bila digoreng.
No comments:
Post a Comment