KEK PISANG
▼
Wednesday, July 8, 2020
KETAM MASAK LEMAK
RESIPI KETAM MASAK LEMAK
CILI API
sumber : resepichenom.com
Bahan-Bahan :
3 ekor ketam segar
1 batang serai (dititik)
1 helai daun kunyit (dicarik-carik)
8 tangkai kacang panjang dipotong ikut suka (saya tambah)
2 cawan santan pekat
1 keping asam gelugor
Bahan Kisar Halus :
5 biji cili api
2 biji cili merah
1/2 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Secubit belacan (tak letak)
Cara Memasak :
1. Bersihkan ketam dan leraikan bahagian kaki yang bersepit. Ketuk kulit ketam dengan lesung batu sehingga kulit sedikit pecah supaya senang dimakan kemudian.
2. Di dalam kuali, gaulkan ketam dengan bahan kisar halus dan masak seketika selama lebih kurang 5 minit kemudian masukkan pati santan. Boleh juga dicairkan kuah dengan sedikit air jika terlalu pekat.
3. Kecilkan api dan kacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam gelugor, kacang panjang, serai dan daun kunyit.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga mendidih@sehingga kacang panjang lembut sedikit.
TIPS : Jika ketam betina yang mempunyai telur anda tidak perlu buang kulit. Jika ketam biasa, buang kulit dan potong dua bahagian dan leraikan kaki bersept.
No comments:
Post a Comment