KEK PISANG

Sunday, March 31, 2013

CARROT AND WALNUT CUPCAKES


 Untuk dibawa balik ke asrama sekolah (Amin) sebagai kudapan dengan teman-teman.






CARROT AND WALNUT CUPCAKES


source from  :  culinary book
tried by  :   zaralovebaking.blogspot.com


Ingredients :

125  gm   unsalted butter
180  gm   caster sugar
    2          eggs
270  gm   carrots  -  grated
  60  gm   walnuts  -  chopped
  75  gm   self-raising flour
  75  gm   all-purpose flour
    1  tsp   mixed spice powder (I use cinnamon powder)
 1/4  tsp   salt


Method :

1.   Preheat oven to 170'C.
2.   Line cupcake tray with paper cup liners.
3.   Sift flour, salt and spice powder together.
4.   Cream butter and sugar with electric mixer for 2-3 minutes.
5.   Beat in eggs one at a time.  Stir in nuts and carrots.
6.   Add flour and mix well.
7.   Fill each cupcake liner 2/3 full.
8.   Bake for 20-25 minutes OR when skewer inserted in centre of cupcake comes out clean.


Creme Cheese Frosting :

125  gm   cream cheese
  60  gm   unsalted butter
200  gm   icing sugar  -  sifted


Method :

1.   Beat butter and cream cheese until smooth and white.
2.   Gradually beat in icing sugar until smooth.
3.   Ready to be use.

Thursday, March 28, 2013

MOIST CHOC. CHEESE CAKE yang sangat sedap & lembab.





MOIST CHOCOLATE CHEESE CAKE


sumber dari  :  Majalah AROMA Mac 2013 (blog : Spices Journey, tqvm utk resipi yang sedap ini)
dicuba oleh  :   zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :

    3  biji        telur  (gred A)
200  gm        cream cheese
 1/2  cawan   butter  (125 gm)
 1/2  cawan   olive oil (saya guna minyak jagung)
    1  cawan   brown sugar
    1  cawan   susu cair
    1  tsp        esen vanilla
150  gm        tepung gandum *
  50  gm        serbuk koko *
    2  tbsp      tepung jagung *
    1  tsp        baking powder *
    1  tsp        soda bikarbonat *


Ganache :

200  gm   dark cooking chocolate
  50  gm   whipping cream (dairy UHT)
 3/4  tbsp  butter


Cara Penyediaan :

1.   Ayak semua bahan bertanda (*) dan ketepikan seketika.
2.   Dalam mixing bowl, putarkan cream cheese hingga lembut.
3.   Pukul sekali dengan sebiji telur untuk lebih mudah.
4.   Bila cheese dah lembut berkrim, masukkan butter dan pukul hingga sebati.
5.   Kemudian masukkan brown sugar dan pukul lagi hingga gula hancur.  Masukkan pula telur yang selebihnya satu persatu dan pukul hingga kembang.
6.   Selepas itu masukkan susu cair, olive oil dan vanilla dan pukul sekadar mesra dan sebati.
7.   Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit (yang bertanda *).  Gaul hingga sebati dengan spatula.
8.   Tuangkan adunan ke dalam loyang 8 inci yang telah dilenserkan dengan butter atau minyak.
9.   Seterusnya bakar dengan kaedah steambath.  Masak dalam loyang yang diisi dengan air panas mendidih selama 1 jam pada suhu 175'C atau hingga masak.  (Oven hendaklah dipanaskan terlebih dulu).
10. Kek ini boleh terus dimakan begitu saja atau boleh disiram dengan chocolate ganache dan dihias mengikut citarasa.


Ganache :

1.   Dengan kaedah double boiler, panaskan dan kacau whipping cream hingga berbuih di kelilingnya.  Kemudian masukkan cooking chocolate (yang telah dicincang) dan kacau hingga cair.

2.   Bila chocolate sudah cair, masukkan butter dan kacau sebentar hingga sebati.

3.   Matikan api, angkat dan tuangkan ke atas kek tadi.  Taburkan dengan bahan hiasan jika suka dan bolehlah dihidangkan.






APAM BERAS PELBAGAI ACUAN & WARNA




APAM BERAS


sumber :   buku resipi
dicuba  :   zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :

        2  cawan   nasi sejuk
        2  cawan   tepung gandum
        2  cawan   tepung beras
        1  cawan   brown sugar *
     3/4  cawan   gula pasir *
  2 1/2  cawan   air
        2  tsp        yis Mauripan
Pewarna yang digemari
Kelapa parut putih (digaul dengan sedikit garam - jika suka)

* -  Boleh juga diganti dengan kedua-duanya gula pasir



Cara membuat :

1.   Blend nasi sejuk dan air hingga hancur (masukkan air sedikit demi sedikit.. blend sampai halus).
2.   Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend hingga sebati.
3.   Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.
4.   Selepas itu, masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung.  Kacau hingga sebati.
5.   Perapkan selama 3 jam.
6.   Panaskan pengukus.  Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil (ikut pilihan).
7.   Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut pilihan.
8.   Masukkan adunan ke dalam acuan kecil (ikut pilihan) hingga hampir penuh dan kukus selama 15-20 minit.
9.   Hidangkan  bersama kelapa yang telah digaul dengan sedikit garam ataupun enak dimakan begitu saja.





SPAGETI BOLOGNESE




 kuah spageti bolognese




SPAGETI BOLOGNESE


oleh  :   zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :

    1   paket   spageti  (saya guna jenis 'Angel Hair')
400   gm       daging kisar
    1   tin        puri tomato  (saiz kecil)
    1   tin        sos spageti (brand 'PREGO')
  10   biji       cendawan butang (dalam tin - dihiris)
    1   batang  lobak merah  (dipotong dadu)
    2   biji        tomato  (dipotong dadu)
    1   biji        bawang besar Holland (dipotong dadu)
    3   ulas       bawang putih  (dicincang halus)
    2   helai      daun bay  (daun salam)
    1   cawan   air
    3   tbsp      keju Parmesan
    3   tbsp      minyak masak  (untuk menumis)
Garam dan gula pasir secukupnya
sedikit serbuk lada hitam (tambahan)


Cara membuat :

1.   Didihkan air dalam periuk.  Masukkan sedikit garam dan minyak masak.  Masukkan spageti dan rebus 5-7 minit hingga masak.  Angkat dan tuskan.

2.   Tumiskan bawang putih dan bawang besar Holland hingga berbau wangi.  Masukkan daging kisar.  Masak hingga daging berubah warna.  Kemudian masukkan puri tomato dan sos PREGO.  Tambahkan 1 cawan air.  Masukkan cendawan butang, lobak merah, tomato, daun bay, serbuk lada hitam (jika guna), garam dan gula lasir.  Masak hingga lobak merah agak lembut.  Kacau hingga rata.

3.   Letakkan spageti di atas pinggan dan tuangkan sos daging.  Taburkan keju Parmesan.  Hidangkan.

IKAN MASAK TIGA RASA







IKAN MASAK TIGA RASA


sumber  :   buku resipi


Bahan A :

2   ekor   ikan bawal atau siakap
1   tbsp   tepung jagung (bagi menyalut ikan)
3   ulas    bawang merah  (dihiris)
1   labu    bawang besar  (dihiris)
2   ulas     bawang putih  (dihiris)
3   cm      halia  (dihiris)
Minyak untuk menggoreng ikan


Bahan B (untuk sos) :

3  tbsp   sos tomato
3  tbsp   sos cili
3  tbsp   sos tiram
3  tbsp   air
1  tsp     gula pasir


Bahan C  (sebagai hiasan) :

1  pokok   daun bawang
2  biji         cili merah (dihiris)
2  biji         cili hijau (dihiris)
2  biji         buah tomato  (dipotong 4)
1  tin kecil  nenas dadu (dalam tin) - tambahan


Cara membuat :

1.   Sapukan tepung jagung pada keseluruhan ikan.
2.   Goreng ikan menggunakan minyak yang banyak hingga masak dan kuning keemasan.  Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
3.   Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 tbsp minyak bagi menumis bahan yang dihiris hingga wangi.
4.   Masukkan bahan sos dan biarkan mendidih.  Kacau rata.
5.   Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
6.   Curahkan kuah sos di atas ikan.

TRIFLE






PUDING TRIFLE


oleh  :   zaralovebaking


Bahan-bahan :

1   bungkus   kek mentega
1   kotak       agar-agar kristal (sebarang perisa brand NONA)
1   tin            fruit cocktail
3   tbsp         tepung kastad
3   tbsp         gula pasir
3   cawan      susu segar/susu cair
6   keping      biskut oreo (hancurkan)


Cara membuat :

1.   Campurkan tepung kastad, gula pasir dan susu segar ke dalam periuk.  Gaul sebati dan masak hingga mendidih dan pekat.  Ketepikan sebentar.
2.   Potongkan kek mentega dan susunkan dalam kaserol hingga penuh.  Taburkan biskut oreo yang telah dihancurkan di atasnya.
3.   Ambil sedikit jus buah koktel dan siramkan atas kek tadi.
4.   Kemudian tuangkan kastad ke atas keseluruhan kek hingga rata.  Taburkan buah koktel atasnya.
5.   Bancuh dan masak agar-agar kristal ikut arahan pada pek kotak dan tuang atas koktel tadi.
6.   Biar hingga agak suam barulah dimasukkan ke dalam peti ais.  Enak dimakan dengan aiskrim perisa vanilla.

KUBIS GORENG






KUBIS GORENG


oleh  :   zaralovebaking


Bahan-bahan :

1/4   biji        kubis manis
 segenggam   ikan bilis
    3  ulas       bawang merah  -  dihiris
    1  ulas       bawang putih  -  dihiris
    1  tangkai  cili merah -  dihiris
sedikit minyak masak
Garam secukup rasa


Cara membuat :

1.   Sayur dipotong kecil dan dicuci bersih.  Kemudian toskan.
2.   Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan ikan bilis hingga berbau harum.
3.   Masukkan kubis dan cili merah.  Kemudian kacau rata.
4.   Rasakan garamnya.  Tutup api.
5.   Sedia untuk dihidangkan.

SAMBAL TEMPOYAK UDANG





SAMBAL TEMPOYAK UDANG


oleh :   zaralovebaking


Bahan A :

1/2  kilo   udang sederhana besar
   3  tbsp  tempoyak
   1  helai  daun kunyit  (dihiris)
   1  tsp    gula pasir
Garam secukup rasa


Bahan B ( dikisar ) :

10  tangkai  cili kering (gunting & rendam dalam air panas hingga lembut)
  5  ulas       bawang merah


Cara membuat :

1.   Panaskan sedikit minyak dalam kuali.  Tumiskan bahan kisar hingga wangi dan terbit minyak.
2.   Masukkan tempoyak, gaul sebati.
3.   Kemudian masukkan udang, gaul sebati.
4.   Akhir sekali masukkan daun kunyit, gula dan garam secukup rasa.  Kacau rata dan masak hingga agak pekat.  Tutup api.
5.   Masukkan dalam pingga dan sedia untuk dihidangkan.

MASAK LEMAK PETOLA






MASAK LEMAK PETOLA


oleh :   zaralovebaking


Bahan A :

  1  batang    petola
  2  keping    tauhu lembut  (dipotong dadu)
  6  ekor       udang basah (dibuang kulitnya & cuci bersih)
  2  cawan    santan pekat
  1  cawan    air
Garam secukup rasa


Bahan B (dihiris) :

   3  ulas        bawang merah
   2  ulas        bawang putih
   1  tangkai   cili merah


Cara membuat :

1.   Petola dibuang kulit dan dihiris nipis.  Basuh bersih.
2.   Masukkan kesemua bahan kecuali santan dan tauhu lembut  ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
3.   Akhir sekali masukkan santan dan tauhu lembut.  Masak hingga mendidih sekali lagi.  Perisakan dengan garam secukupnya kemudian tutup api.
4.   Sedia untuk dihidangkan.

Sunday, March 24, 2013

MACARON


 FRENCH MACARON WITH STRAWBERRY JAM FILLING

CHOCOLATE CREME PUFF WITH STRAWBERRY CREAM








CHOCOLATE CREME PUFF WITH
STRAWBERRY CREME


sumber  :  fromintankitchen - Azlita Aziz, tqvm
dicuba   :  zaralovebaking


Bahan Creme Puff :

120  gm    mentega
150  ml     air
170  gm    tepung gandum
    1  tbsp  serbuk koko
    5  biji    telur (B)
 1/4  tsp    garam
    1  tsp    gula kastor


Bahan Intinya :

1  cawan   Non-dairy whipping cream (jenama 'RICH')
2  tbsp      strawberry filling


Cara-cara :

Untuk Creme Puff :

1.   Satukan air, mentega, gula dan garam, jerang hingga mentega cair.
2.   Masukkan tepung berserta serbuk koko, kacau dengan senduk kayu hingga adunan menjadi doh yang tidak melekat di periuk menggunakan api kecil.
3.   Matikan api, alih adunan ke dalam mangkuk pengadun.  Bila adunan suam, putar pada kelajuan sederhana sambil masukkan telur satu persatu.  Putar hingga sebati.
4.   Masukkan adunan ke dalam beg piping yang dipasang nozle bintang.  Paipkan bentuk rosset ke atas dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega.  Buat hingga siap.
5.   Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200'C selama 25 minit.  Sejukkan atas jaringan, kemudian belah, isi ruang dalam creme puff dengan inti tadi, ayak sedikit gula aising sebagai penyeri.


Untuk Intinya :

     Pukul whipping cream hingga kental.  Kaup balik whipping cream ke dalam strawberry filling.  Gaul hingga sebati.  Masukkan ke dalam piping bag.  Sedia untuk digunakan.

BUAH PEPINO DARI INDONESIA


 Buah Pepino ini  dibeli ketika berada di Berastagi, Medan, Indonesia.  Buah ini hanya boleh didapati di sana saja.  Rasanya kurang sedap, tawar.



Friday, March 22, 2013

HONEY BUTTER CAKE







KEK MENTEGA MADU/HONEY BUTTER CAKE


sumber  :   buku resipi 'Jamuan Kek'
dicuba   :   zaralovebaking


Bahan-bahan :

200  gm    mentega
    4  biji    telur  (A/B)
100  gm    serbuk badam
    2  tbsp  madu
    1  tbsp  golden syrup
220  gm    tepung naik sendiri  atau   tepung gandum + 2 tsp baking powder, digaul sebati
  50  gm    susu cair
100  gm    gula kastor
 1/2  tsp    soda bikarbonat
kepingan buah badam secukupnya


Caranya :

1.   Pukul mentega dan gula kastor hingga sebati.
2.   Masukkan telur satu persatu.  Kemudian masukkan madu dan golden syrup.
3.   Akhir sekali, masukkan tepung naik sendiri, soda bikarbonat (diayak dulu), serbuk badam dan susu cair.  Sebatikan adunan.
4.   Tuangkan adunan ke dalam acuan berukuran 8 inci, digris dan dialas dengan kertas parchment.
5.   Taburkan kepingan buah badam dan bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150'C selama 45 minit.

Wednesday, March 20, 2013

MACARONS COKLAT








MACARONS COKLAT


sumber :  Majalah AROMA Mac 2013 (bilachahkedapur)
dicuba  :  zaralovebaking


Bahan-bahan :

  70  gm   serbuk badam
  10  gm   serbuk koko
140  gm   gula ising
  80  gm   putih telur  (suhu bilik)
  65  gm   gula kastor


Coklat Ganache :

150  gm   coklat gelap/masakan
150  gm   whipping cream
  25  gm   mentega/marjerin


Cara-cara :

1.   Kisar serbuk badam untuk memastikan ianya benar-benar halus.  Ketepikan.
2.   Ayak gula ising dengan serbuk koko.  Masukkan serbuk badam, gaul sebati dan ketepikan.
3.   Sediakan dulang pembakar yang dilapik dengan kertas parchment.
4.   Pukul putih telur dengan kelajuan tinggi, masukkan gula kastor dan pukul lagi hingga adunan menjadi bertanduk (pekat).
5.   Masukkan campuran serbuk badam tadi sedikit demi sedikit.
6.   Gaul secara kaup balik dengan spatula hingga adunan menjadi licin dan berkilat.
7.   Panaskan ketuhar 20 minit lebih awal.
8.   Masukkan adunan dalam piping bag, potong muncung bag dan paip mengikut saiz yang dikehendaki.
9.   Hentakka dulang pembakar perlahan-lahan untuk mengeluarkan gelembung udara di dalam adunan macarons.
10. Rehatkan adunan kira-kira 30 minit atau hingga permukaan macarons tidak melekit/agak kering bila disentuh.
11. Bakar dengan api sederhana kira-kira 10-12 minit dengan suhu 150'C.  (saya guna api atas bawah serta kipas di 'on kan').
12. Sejukkan macarons sebelum dicantumkan dengan inti ganache.  (saya guna 'Nutella dan Peanut Butter' sebagai inti - sedap).


Cara membuat Coklat Ganache :

1.   Potong coklat gelap kepada kepingan-kepingan kecil. (untuk memudahkan pencairan coklat)
2.   Panaskan whipping cream dengan api perlahan.
3.   Apabila krim telah hampir mendidih kecil masukkan coklat gelap dan mentega.
4.   Kacau rata hingga coklat mencair sepenuhnya.
5.   Sejukkan sebelum diletakkan ke dalam macarons.



TUMIS BAYAM






TUMIS BAYAM

oleh  :   zaralovebaking


Bahan-bahan :

500  gm        bayam hijau (anggaran :  2 ikat)
    1  tangkai  cili merah  (dihiris)
    2  ulas       bawang merah  (dihiris)
    1  ulas       bawang putih  (dihiris)
    2  tbsp      minyak masak
Garam secukup rasa


Cara-cara :

1.   Bayam diasingkan dari batangnya dan basuh bersih.  Kemudian toskan.
2.   Panaskan minyak.  Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
3.   Masukkan bayam, cili dan garam.  Kacau rata dan sebati.
4.   Apabila sudah layu, tutup api dan hidangkan.