KEK PISANG
▼
Thursday, September 12, 2013
IKAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PURUT
IKAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PURUT
Sumber : blog 'yatiememories'
Bahan-bahan :
2 ekor ikan siakap
1/4 cawan tepung serbaguna/tepung jagung
2 helai daun limau purut (dihiris halus dan digoreng garing, toskan minyaknya)
Minyak masak untuk menggoreng
Cara-cara :
Bersihkan ikan dan keringkan. Salutkan dengan tepung (kering) dan gorengkan keemasan. Toskan minyaknya dan letakkan di atas pinggan sementara menyediakan sosnya.
Bahan Sos Daun Limau Purut :
5 ulas bawang putih *
3 ulas bawang merah *
5 biji cili padi hijau *
5 biji cili padi merah * (kesemua bertanda * dicincang)
2 tbsp cili kisar
2 tbsp sos cili
2 tbsp sos tomato
3 tbsp sos tiram
3 helai daun limau purut (dihiris halus)
1 biji tomato (tambahan - dipotong dadu)
1/4 cawan cuka
3 tbsp sos ikan
2-3 tbsp gula pasir
1/2 cawan stok ayam atau (air + 1/2 kiub pati ayam)
1 tsp. tepung jagung/ubi (dibancuh dengan sedikit air)
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis & menggoreng
Cara Memasak :
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan cili padi hingga berbau wangi. Masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan kesemua bahan-bahan lain kecuali bancuhan air tepung jagung. Masak hingga mendidih. Masukkan tomato yang dipotong dadu dan akhir sekali masukkan bancuhan air tepung jagung dan biarkan hingga sos menjadi sedikit pekat. Tuangkan ke atas ikan dan taburkan dengan daun limau purut yang telah digoreng tadi. (masakan ini sangat sedap - tq pada empunya resipi).
No comments:
Post a Comment