KEK PISANG
▼
Wednesday, October 30, 2013
PUDING KARAMEL KASTAD
PUDING KARAMEL KASTAD
Oleh : zaralovebaking
Bahan Karamel :
100 gm gula kastor
25 ml air
Bahan Kastad :
3 biji telur 'B'
1 biji kuning telur
1 tsp esen vanilla
90 gm gula kastor (lain kali buat kurangkan sikit gula sebab manis)
400 ml susu segar
100 ml krim
Cara Penyediaan :
1. Penyediaan karamel : masukkan gula di dalam periuk/kuali. Hanguskan gula hingga keperangan. Masukkan air dengan berhati-hati dan kacau sebati. Tuangkan ke dalam loyang bulat bersaiz 7 inci. Ketepikan dulu.
2. Penyediaan kastad : satukan kesemua bahan kastad. Kacau perlahan hingga sebati kemudian tapiskan ke dalam loyang berisikan gula hangus tadi.
3. Kukuskan selama 45 minit atau hingga masak sempurna. ENJOY!!
Monday, October 28, 2013
KUIH KASUI/KASWI
Assalam teman-teman!! Hari ni saya membuat kuih Kasui/Kaswi sekadar menghabiskan masa. Apalagi saya teringin sangat nak makan selepas sembuh dari demam serta selsema yang agak lama juga saya hidapi. Mengalahkan orang mengidam pula..hihihi.. Sesiapa yang nak mencuba bolehlah tengok resipinya seperti dibawah ini. Saya membuat setengah dari resipi asal memandangkan tidak ramai orang dirumah. SELAMAT MENCUBA!!!
KUIH KASUI/KASWI
Oleh : zaralovebaking
Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 1/2 cawan gula merah
7 cawan air biasa
2 helai daun pandan
3 tsp. air kapur
3 tbsp. kicap manis (untuk warna & untuk menaikkan rasa lemak kuih)
Bahan Salut :
1 biji kelapa parut putih ) ( kukuskan sebentar untuk mengelakkan
Sedikit garam ) kelapa dari cepat basi )
Cara-cara :
1. Masakkan gula merah dengan 3 cawan air dan daun pandan hingga gula larut. Tapis dan campurkan dengan baki 4 cawan air lagi. Sementara itu panaskan kukusan.
2. Campurkan tepung gandum dan tepung ubi, gaulkan sebati. Tuangkan air gula merah sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. Masukkan air kapr dan kicap manis sambil dikacau hingga tiada berbintil. Tapiskan ke dalam loyang bersaiz 10 inci x 10 inci, disapu sedikit minyak dan dialas dengan plastik.
3. Kukuskan selama 45-55 minit atau hingga masak sempurna.
4. Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong dan disalut dengan kelapa. Sedia untuk dihidangkan bersama secawan kopi/teh panas. ENJOY!!!!
Friday, October 25, 2013
PAF KRIM PANDAN
PAF KRIM PANDAN
Sumber : Majalah RASA 2007 - Chef Asma (sangat sedapppp!!)
dicuba : zaralovebaking
Bahan Creme Puff :
Bahan A :
500 ml air
200 gm mentega
1/2 tsp garam
1 tsp gula halus
Bahan B :
250 gm tepung gandum
3/4 tsp serbuk penaik
Bahan C :
6 biji telur gred 'A'
Bahan Inti Pandan :
500 ml susu segar
2 biji telur
100 gm gula halus
1/2 tsp esen vanilla
25 gm tepung kastad
30 gm tepung jagung
1/2 tsp perasa pandan
1/2 tsp pewarna hijau
Cara Penyediaan :
1. Utuk membuat inti pandan : masukkan semua bahan inti ke dalam periuk.
2. Kacau di atas api sederhana sehingga pekat.
3. Sejukkan inti sebelum dimasukkan ke dalam creme puff.
4. Untuk membuat creme puff : panaskan bahan-bahan A sehingga mendidih.
5. Masukkan bahan B dan kacau sehingga tidak melekat di periuk.
6. Biarkan adunan sejuk. Apabila adunan sejuk, masukkan telur sedikit demi sedikit dan putar sehingga sebati.
7. Selepas itu, masukkan bancuhan ke dalam beg piping dan picitkan adunan di dalam dulang pembakar.
8. Bakar pada suhu 210'C selama 25 minit. Apabila masak, sejukkan dan potong creme puff.
9. Masukkan inti pandan dan hiaskan ikut citarasa.
KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
(menghasilkan : 6 bekas seperti di atas)
Rujukan : yatiememories
dicuba : zaralovebaking
Bahan-bahan cream cheese :
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur gred 'B'
1 tbsp air
1 tbsp tepung gandum
Cara-cara :
Pukul cream cheese dan gula halus hingga sebati. Masukkan telur diikuti dengan air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati. Biarkan seketika.
Bahan Kek :
2 biji telur gred 'B'
1 cawan gula halus
1 tsp esen vanilla
1/2 cawan air panas didih
1/2 cawan susu segar/susu cair
1/2 cawan minyak jagung/masak
1 cawan tepung gandum *
3 tbsp serbuk koko *
1 tsp soda bikarbonat *
1/2 tsp baking powder * (kesemua bertanda * diayak dulu)
Sedikit garam
Cara-cara :
Pukul telur dan gula halus hingga kembang. Masukkan esen vanilla dan sedikit garam. Masukkan susu segar/susu cair, minyak dan air panas. Kemudian masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul sebati. Biarkan sebentar dan bahagikan kepada 2 bahagian.
Cara Mengukus :
1. Panaskan kukusan. Guna api sederhana.
2. Tuangkan 3 sudu besar adunan kek ke dalam bekas dadih, kukus selama 10 minit.
3. Kemudian tuangkan adunan cream cheese 3 sudu besar di atas adunan kek, kukus selama 10 minit.
4. Akhir sekali tuangkan adunan kek 3 sudu besar, kukus selama 10-15 minit atau hingga masak.
5. Biar betul-betul sejuk dan hiaskan dengan ganache di atasnya jika suka.
Bahan Ganache :
125 gm dark cooking chocolate (potong kecil)
125 gm Dairy Whipping Cream (krim tenusu)
1 tbsp sirap glukos atau golden syrup
1 tbsp mentega
1 tsp esen vanilla
Cara-cara :
Panaskan krim tenusu bersama sirap glukos hingga terbit buih-buih kecil di tepi periuk. Tuangkan ke dalam bekas berisi coklat, biarkan sekejap dan kemudian gaul hingga coklat mencair. Tambahkan mentega dan gaul rata. Jika masih berketul, panaskan sebentar dengan kaedah double boiler hingga adunan coklat licin. Masukkan esen vanilla, gaul sebati. Tuangkan ke atas kek yang telah sejuk tadi.
Thursday, October 24, 2013
BANANA LASSI
BANANA LASSI
Oleh : zaralovebaking
Bahan-bahan :
4 biji pisang emas (sederhana besar)
1 cawan greek/plain yogurt
1/2 cawan susu segar
1 tbsp oren sunquick
Gula pasir/madu jika perlu
Sedikit perahan oren/lemon
Cara Penyediaan :
Satukan kesemua bahan ke dalam blender/pengisar. Kisarkan/blend hingga halus dan sebati. Tambahkan sedikit air jika terlalu pekat. Tuangkan ke dalam gelas. Hiaskan ikut citarasa. Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dinikmati. ENJOY!!
AMERICAN CHOCOLATE CAKE
Hiasan yang agak comot kerana agak susah juga untuk mendeco menggunakan coklat ganache ni, terlalu pekat bila ganache telah kental - apapun akan cuba lagi. Tapi kek ini sangat sedap dan moist.
AMERICAN CHOCOLATE CAKE
Source : Oriental Cuisine Magazine
tried by : zaralovebaking
Ingredients :
A : 65 gm cocoa powder (sifted)
235 ml boiling water
B : 250 gm SCS butter
250 gm castor sugar
1/2 tsp salt
3 eggs grade 'A'
C : 1 tsp vanilla essence
235 gm plain flour (sifted)
2 tsp baking powder
Ganache Ingredients :
500 gm dark cooking chocolate (chopped)
200 gm dairy whipping cream
(heat in saucepan until mixture smooth, leave to cool)
9 inch round cake pan
Method :
1. Grease cake pan with melted butter and line with baking paper. Preheat oven to 170'C.
2. Using wire whisk, whisk ingredients A until smooth, set aside.
3. Cream butter, sugar and salt together until creamy.
4. Beat in eggs one at a time, beating well after each addition.
5. Fold in ingredients C and lastly add the cocoa mixture until well blended.
6. Pour into prepared cake pan and bake for 35-40 minutes or until skewer inserted comes out clean.
7. Cool cake and slice into 2 layers.
To assemble cake :
1. Lay a slice of cake on a plate or cake board.
2. Spread some ganache over and top with the 2nd cake.
3. Cover the whole cake with ganache, piping a border at the sides or deco as desired.
Sunday, October 20, 2013
AGAR-AGAR SANTAN ROS
AGAR-AGAR SANTAN ROS
Rujukan : yatiememories, tqvm
dicuba : zaralovebaking
10 gm serbuk agar-agar
1 cawan gula kastor
4 cawan air
200 ml santan kotak + 50 ml air jadikan 250 ml santan
1 biji telur - dipukul sedikit dengan santan tadi
1 helai daun pandan - disimpul
Secubit garam
Pewarna pink & perisa ros
Loyang : 8 inci - dibasahkan terlebih dulu untuk memudahkan mengeluarkan puding
Cara-cara :
Di dalam periuk, masakkan air dengan gula dan daun pandan. Bila gula telah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut. Kecilkan api. Masukkan pewarna dan perisa. Kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan teruskan kacau hingga mendidih. Guna api sederhana dan sentiasa dikacau. Bila dah siap, tutup api dan tuangkan ke dalam acuan pilihan. Sejukkan ... barulah disimpan di dalam peti sejuk.
MANGO FROZEN YOGURT ICE POP
MANGO FROZEN YOGURT ICE POP
Oleh : zaralovebaking
Bahan-bahan :
1 biji mango (saiz sederhana - dipotong dadu)
1 tbsp gula pasir (kemanisan sesuaikan dengan manis buah - boleh guna madu jika suka)
1 cawan greek yogurt atau yogurt biasa
1/2 cawan susu segar/cream
Cara Penyediaan :
Masukkan kesemua bahan di dalam pengisar dan kisarkan hingga halus. Masukkan ke dalam gelas/bekas atau acuan ice cream. Sejukkan di dalam freezer lebih kurang 2 jam atau semalaman.
Sedia untuk dinikmati.
MOIST CHOCOLATE CAKE
MOIST CHOCOLATE CAKE (9")
Sumber : citarasawan
dicuba : zaralovebaking
Bahan-bahan :
280 gm tepung gandum
1 tsp soda bikarbonat
1 tsp baking powder
250 gm mentega/minyak masak
300 gm gula kastor
250 ml susu pekat manis
1 tsp esen vanilla
6 biji telur gred 'B'
2 tsp cuka masakan
Pes Koko :
100 gm serbuk koko
60 gm gula kastor
250 ml air panas
(satukan kesemua bahan pes koko dan kacau hingga menjadi pes).
Cara-cara :
1. Ayakkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder. Ketepikan dulu.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur sebiji demi sebiji, putar rata.
3. Masukkan susu pekat, esen vanilla dan cuka masakan. Putar hingga sebati.
4. Masukkan tepung berselang-seli dengan pes koko, gaulkan hingga rata dan sebati.
5. Tuangkan ke dalam loyang 9 inci (digris & dialas) dan bakar pada suhu 170'C selama 1 jam atau hingga masak sepenuhnya.
Toping Coklat Ganache :
300 gm whipping cream
500 gm coklat masakan (dipotong kecil)
1/2 tbsp mentega
2 tbsp madu/sirap glukos
Cara-cara :
Panaskan whipping cream secara double boiler. Tutup api, masukkan coklat masakan dan mentega - kacau hingga coklat cair. Sejukkan sedikit dan tuangkan ke atas kek coklat yang diletakkan di atas redai. Ratakan coklat hingga coklat merata keseluruhan kek. Baki coklat simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 5 jam atau semalaman untuk buat border/hiasan.
RED VELVET CAKE
deco yang kurang memuaskan sebab lama tidak mendeco
Untuk majlis makan-makan sempena majlis gathering Bani Hashim-Aminah di Kg. Pandan,
(19/10/2013 - Sabtu).
RED VELVET CAKE
Source from : magazine ( lupa nama magazinenya)
tried by : zaralovebaking
Cake Ingredients :
120 gm butter
250 gm castor sugar
1/2 tsp salt
2 eggs 'Grade A'
1 tsp baking powder
300 gm plain flour (sifted)
1 tsp bicarbonate of soda
2 tbsp cocoa powder (sifted)
1 tbsp red wilton food colouring
1 tsp vanilla essence
250 ml + 1 tbsp vinegar (let sits for 10 minutes)
Icing Ingredients :
250 gm cream cheese (at room temperature)
100 gm butter (at room temperature)
80 gm icing sugar (sifted)
1 1/2 cups non-dairy whipping cream (refrigerated)
9" round cake pan (greased & lined)
1 box Fresh strawberries (or any fruits of your choice for decoration)
To prepare cake :
1. Pre-heat oven to 180'C.
2. Cream butter, sugar and salt until creamy. Beat in eggs one at a time until fluffy.
3. Fold in sifted flour, baking powder and bicarbonate of soda with the cocoa powder.
4. Slowly mix in red colouring, vanilla essence and the milk mixture until just combined.
5. Pour into prepared pan and bake in pre-heated oven for 35-45 minutes or until done.
6. Remove and leave to cool before slicing into half.
To prepare icing :
1. Using an electric beater with a whisk attachment, whisk the cold cream until stiff. Set aside.
2. Using the same beater, beat the cream cheese, butter and icing sugar until fluffy.
3. Combine the beaten cream with the cream cheese mixture and use this to sandwich and deco the cool cake. Decorate with fresh strawberries, chill before serving.