KEK PISANG
▼
Monday, April 28, 2014
NASI AYAM YANG SIMPLE
NASI AYAM
sumber dari : 5 Rencah 5 Rasa
Bahan Sup :
1 ekor ayam dipotong 12
1 pek sup bunjut Adabi
2 tbsp mentega/minyak masak
1/2 tsp serbuk lada putih (optional)
1/2 inci halia - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kiub pati ayam Maggi
Cara-cara :
1. Panaskan mentega; tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang dan bahan tumbuk hingga wangi dan garing.
2. Masukkan ayam, kacau sebentar untuk mengecutkan ayam. Tambahkan air hingga paras yang diinginkan (kena lebihkan dari sup biasa sebab nak gunakan untuk memasak nasi).
3. Masukkan sup bunjut dan kiub pati ayam.
4. Masakkan hingga ayam empuk.
Bahan Ayam :
12 ketul ayam (dari sup tadi)
2 tbsp kicap manis
2 tbsp sos tiram
2 tbsp madu
Cara-cara :
Keluarkan ayam dari sup. Perapkan dengan semua bahan. (Perapkan selama 30 minit). Gorengkan secara deep-fry. Goreng sebentar saja sebab ayam sudah masak. Angkat dan toskan.
Bahan Nasi :
4 cawan beras (rendamkan anggaran 15 minit & toskan)
4 cawan sup
2 helai daun pandan; disimpul
serbuk kunyit secukupnya
Cara-cara :
Satukan kesemua bahan di dalam periuk nasi elektrik. Masakkan seperti nasi biasa.
Kuah Kicap :
1 ulas bawang putih (tumbuk/mayang)
Lebihan jus perapan ayam (lepas goreng jangan dibuang bahan perapan itu)
Cara-cara :
1. Tumiskan bawang putih hingga wangi. Masukkan lebihan perapan ayam tadi. Tumis sekejap saja.
2. Tambahkan 1 cawan sup ayam.
3. Boleh ditambahkan kicap, sos tiram (jika suka).
Bahan Sos :
1 ulas bawang putih )
1 ulas bawang merah ) dikisar sebati
5 biji cili merah )
1 biji tomato (dibuang biji) )
1 tbsp cuka masakan
1 cawan sup ayam
Cara-cara :
Satukan kesemua bahan dan dimasakkan di atas api sekejap saja. Dah siap
No comments:
Post a Comment