KEK PISANG
▼
Wednesday, June 4, 2014
AYAM RENDANG HIJAU
AYAM RENDANG HIJAU
sumber : buku resipi menggunakan pemanggang ajaib - Chef Hanieliza
Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam (dipotong sederhana)
1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 batang serai (diketuk)
5 helai daun limau purut (boleh diganti dengan daun kunyit)
1 cawan santan pekat
1 sudu makan kerisik
2 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Bahan Tumisan : (dikisar)
5 biji cili hijau
10 biji cili api
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
Cara Membuat :
1. Gaulkan ayam dengan sedikit serbuk kunyit dan sedikit garam.
2. Masukkan ayam ke dalam pemanggang ajaib, tutup dan bakar dengan api sederhana selama 10 minit. Ketepikan.
3. Masukkan sedikit minyak masak. Tumiskan bahan dikisar, serai dan daun limau purut hingga wangi.
4. Masukkan santan, kerisik dan garam secukup rasa. Tutup pemanggang ajaib dan masak selama 5 minit.
5. Masukkan ayam dan kacau sebati. Tutup api. Hidangkan.
No comments:
Post a Comment