KEK PISANG
▼
Wednesday, June 4, 2014
NASI NANAS menggunakan periuk pemanggang ajaib...
NASI NANAS
sumber : buku resipi menggunakan pemanggang ajaib - Chef Hanieliza
Bahan-bahan :
2 cawan beras basmati
2 sudu makan mentega/marjerin
1 ulas bawang putih (dicincang)
1/2 labu bawang besar (dimayang)
2 cawan air
1 tin nanas (diasingkan air & dipotong dadu)
2 helai daun pandan ; dikoyak & disimpul
Garam secukup rasa
Cara Membuat :
1. Beras dibasuh dan direndam selama 30 minit. Toskan.
2. Panaskan mentega/marjerin di dalam pemanggang ajaib. Tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga layu.
3. Masukkan air nanas, daun pandan, gara secukup rasa, beras, nanas dan air. Biarkan sehingga mendidih.
4. Masakkan sehingga nasi kering.
5. Tutup pemanggang ajaib dan masakkan lagi dengan api kecil sekali selama 10 minit.
6. Buka pemanggang ajaib dan kacau nasi perlahan-lahan. Taburkan dengan sedikit bawang goreng jika suka. Sedia untuk dihidangkan...
Wah terbaik lah Zara.. boleh akak guna pemanggang ajaib akak nanti ni :)
ReplyDeletememang terbaik menggunakan pemanggang ajaib ni..menjimatkan masa, gas & bil letrik..dapur pun bersih..tak rugi membeli pemanggang ajaib ni..hihihi..
ReplyDelete