KEK PISANG

Sunday, November 30, 2014

APAM POLKA DOT

 Tempahan Apam Polka Dot dari Puan Alin
sebanyak 100 pcs; terima kasih..


KEK MINYAK Azlita Masam Manis











KEK MINYAK
sumber  :   Azlita Masam Manis ; thanks..sedap & gebus




Bahan-bahan :

   5  biji  telur gred B
3/4  cawan  gula halus  (160 gm)
   2  cawan  tepung gandum *  (300 gm)
   1  sudu teh  baking powder *  (*diayak bersama & ketepikan seketika)
   1  cawan  susu pekat manis  (300 gm)
   1  sudu besar  ovalette
   1  cawan  minyak masak  (200 gm)
   1  sudu teh  esen vanilla
Perasa nanas atau pisang
Pewarna pilihan


Cara Membuat :

1.  Pukul telur bersama gula halus dan ovalette sehingga kembang dan gebu.
2.  Masukkan susu pekat manis dan esen vanilla, pukul sebati.
3.  Masukkan minyak dan perasa sambil dipukul sekadar adunan bergaul rata jer.
4.  Akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit.
5.  Kaup-balik adunan dengan spatula sehingga rata dan sebati.  Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bekas. 
6.  Letakkan pewarna pilihan di dalam setiap bekas.  Gaul rata.
7.  Sediakan loyang bersaiz 8 inci, lapik dasar loyang dengan kertas minyak dan sapu mentega.
8.  Tuangkan adunan berselang-seli warna secara lingkaran sehingga habis.
9.  Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan 15 minit lebih awal pada suhu 170'C selama 45 minit atau sehingga masak sepenuhnya.

INFO  :  Jika kek masih basah, tutupkan permukaan kek dengan aluminium foil dan bakar semula hingga ia masak sepenuhnya..

AIR SUNQUICK ASAM BOI KASTURI








AIR SUNQUICK ASAM BOI KASTURI
sumber  :   FB/Resepi AidilFitri...




Bahan-bahan :

  10  biji  asam boi kaler merah
3-4  sudu makan  Sunquick Tropika ( saya juga Sunquick Orange)
 1.5  liter  air mineral atau secukupnya
    8  sudu makan  gula atau ikut kemanisan yang disukai
3-5  biji  limau kasturi
Ais kiub secukupnya


Cara Penyediaan :

     Rebuskan asam boi dengan air sehingga asam boi kembang.  Masukkan gula secukup rasa.  Biarkan sejuk seketika.  Tuangkan ke dalam jug dan campurkan Sunquick.  Perahkan jus limau kasturi, letakkan ais kiub secukupnya.  Biarkan sejuk dan bolehlah dinikmati...

SAMBAL TELUR PUYUH BERKENTANG








SAMBAL TELUR PUYUH BERKENTANG




Bahan A :

30  biji  telur puyuh  (rebus & dikupas kulitnya)
  3  biji  kentang  (dibuangkan kulit, hiris kasar, basuh & toskan)
  1  sudu kecil  cuka masakan
  1  labu  bawang besar  (dihiris)
  1  cawan  minyak masak
  1  sudu kecil  gula
Garam secukup rasa


Bahan B :  (Dikisar)

10  tangkai  cili kering
  5  ulas  bawang merah
  1  ulas  bawang putih


Cara Membuat :

1.  Panaskan minyak dan gorengkan kentang hingga garing.  Angkat dan ketepikan.
2.  Telur puyuh juga hendaklah digoreng sehingga sedikit kekuningan dan berkulit.  Angkat dan ketepikan.
3.  Keluarkan separuh minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga wangi dan garing.
4.  Masukkan bawang besar, garam, gula dan cuka secukup rasa.
5.  Masukkan telur puyuh dan kentang yang digoreng tadi.  Kemudian kacau rata dan angkat.
6.  Sedia dihidangkan.

Saturday, November 29, 2014

FRENCH CRULLER DONUTS



 drizzle with chocolate





FRENCH CRULLER DONUTS
source  :  You Tube.com/My Sweet Ambitions.com/blog/.. (delicious..)




Ingredients :

   1  cup  water
   1  cup  all-purpose flour
   4  eggs
1/2  tsp  salt
   2  tsp  granulated sugar
1/2  cup  butter


Glaze :

1 1/2  cup  icing sugar
   1/3  cup  milk
      1  tbsp  honey (optional)


Cinnamon Sugar Recipe :

1  tbsp  ground cinnamon *
1  cup  granulated sugar *  (* mix together)


Method :

1.  Pour water into a pot.  Add the butter, sugar and salt into the water.  Stir the mixture a little to dissolve the sugar.

2.  Put the pot on high heat until the mixture comes to a boil.

3.  Lower the heat and add the flour and stir until the mixture forms into a dough.

4.  Place the dough into the mixer while it's hot.

5.  Mix the dough until it slightly cools.  Add egg one by one into the dough until the egg is fully incorporated and well mixed.  The dough should be softer and smoother, soft enough to put into a pastry bagi with a 1M Wilton tip.

6.  Prepare a baking sheet with parchment paper coated/greased with oil or butter.

7.  Pipe donut circles onto the baking sheet.  Put in the chiller for 30 minutes.  Then cut the parchment paper so that each donut is in it's own square.

8.  Prepare a pot of oil, bring to 350'F then slow down the heat to medium.  Drop one donut circle into hot oil, carefully pulling the parchment paper.

9.  Cook the donut until golden brown on both sides.  Removed the cooked donut on wire rack.

10.  You can glaze them or sugar the donut with your choice.

Wednesday, November 26, 2014

CHOCOLATE POUND CAKE










CHOCOLATE POUND CAKE
adapted from :  Love Bakes Good Cakes with Lou Anne Steinbarger Holt/FB..




Ingredients :

1 1/4  cups  all-purpose flour
   1/3  cup   cocoa powder
   1/2  tsp    baking powder
   1/4  tsp    baking soda
   1/4  cup   butter, softened  (4 tbsp)
      1  cup   caster sugar
      1  egg,  slightly beaten
      1  tsp    vanilla extract
   1/4  cup   sour cream
   3/4  cup   buttermilk


Method :

     Preheat oven to 350'F.  Line a 9x5 inch loaf pan with parchment paper and set aside.
     Whisk together the dry ingredients.
     In a large mixing bowl, beat the butter and sugar until light and fluffy.  Beat in the egg and vanilla extract.
     In a separate large mixing bowl, combine the sour cream and buttermilk.
     Add half of the flour mixture to the butter mixture.  Beat to combine.  Add the sour cream mixture.  Mix well.  Add the remaining flour mixture and mix well.
     Spread mixture into the prepared pan.  Bake for 55 minutes or until done.

Note  :  If you like, you can also sprinkle a few chocolate chips over the top before baking..

DAGING & SOSEJ BERSOS








DAGING & SOSEJ BERSOS
buku  :  Mahir Memasak Vol. 2, Majalah RASA..




Bahan-bahan :

   6  batang  sosej ayam
   4  keping  daging burger segera
   2  sudu makan  sayur campuran
   2  ulas  bawang putih *
   2  tangkai  daun sup *  (* dicincang)
1/2  potong  kiub ayam Maggi
   1  sudu makan  sos tiram
   1  sudu makan  kicap pekat manis
   2  sudu makan  tepung jagung  (dibancuh dengan sedikit air)
Sedikit minyak untuk menggoreng


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak, goreng sosej dan daging burger hingga masak.
2.  Kemudian angkat dan potong sosej dan daging burger tersebut.
3.  Untuk membuat sos :  tumis bawang putih hingga wangi dengan sedikit minyak tadi.  Kemudian masukkan sos tiram dengan kicap dan air bancuhan tepung jagung.
4.  Masukkan pula kiub ayam dan kacau seketika.
5.  Masukkan sayur campuran, kacau dan biarkan mendidih.
6.  Kemudian masukkan sosej dan daging burger tadi, gaul rata.
7.  Akhir sekali, taburkan daun sup sebelum dihidangkan.

TELUR DADAR SARDIN












TELUR DADAR SARDIN
buku  :  Mahir Memasak Vol. 2, Koleksi RASA




Bahan-bahan :

   3  biji  telur
   1  tin  sardin bersaiz kecil  (ambil isi sahaja & dihancurkan)
   1  batang  sosej  (dihiris kiub)
1/2  biji  bawang besar  (dihiris bulat)
   3  biji  cili padi  (dihiris kecil)
   1  tangkai  daun sup  (dihiris)
Garam secukup rasa


Cara Memasak :

1.  Pecahkan telur ke dalam mangkuk.  Pukul sehingga kembang.
2.  Selepas itu masukkan sardin yang dihancurkan.
3.  Kemudian masukkan sosej yang dihiris kiub.
4.  Masukkan bawang besar, daun sup dan garam secukup rasa.  Gaul rata.
5.  Panaskan minyak masak di dalam kuali, gorengkan telur sardin yang didadar tadi sehingga garing.

KUBIS MASAK LEMAK







KUBIS MASAK LEMAK





Bahan-bahan :

500  gm  kubis
    1  paket kecil  suun  (direndam hingga lembut)
    3  ulas  bawang merah  (dihiris)
    1  ulas  bawang putih  (dihiris)
    1  biji  cili merah  (dihiris)
    1  cawan  air
    2  cawan  santan pekat  (dari 1/2 biji kelapa)
Segenggam  ikan bilis
Garam secukup rasa


Cara Memasak :

1.  Sayur kubis dipotong ikut kesesuaian masakan.  Basuh dan toskan.
2.  Masukkan kesemua bahan kecuali suun dan santan pekat ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
3.  Masukkan santan pekat, suun dan sentiasa dikacau supaya santan tidak pecah minyak.
4.  Apabila mendidih, tutup api dan hidangkan.

Tuesday, November 25, 2014

MI GORENG SEGERA








MI GORENG SEGERA
sumber :  Buku Koleksi Rasa 'Masakan Lama & Baru'




Bahan-bahan :

1  bungkus  mi segera
1  sudu teh  sos tiram
1  sudu teh  lada sulah
4  ulas  bawang kecil
2  ulas  bawang putih
1  biji  cili merah
1  biji  telur
5  gm  kubis  (dihiris halus)
Garam secukup rasa


Cara Memasak :

1.  Rebus mi di dalam periuk sehingga lembut, toskan dan ketepikan.
2.  Hiris bawang kecil, bawang putih dan cili.
3.  Tumis bahan yang telah dihiris sehingga garing.
4.  Masukkan sos tiram dan lada sulah.  Kemudian masukkan telur.
5.  Masukkan mi tadi, gaul rata.
6.  Akhir sekali masukkan hirisan kubis, gaul rata dan perasakan dengan garam.

Monday, November 24, 2014

CHOCOLATE CHIP MUFFINS (yields : 22 pcs)




bekalan untuk anak





CHOCOLATE CHIP MUFFINS
adapted from :   Joy of Baking
yields :  22 pcs




Ingredients :

  113  gm  unsalted butter ;  melted and cooled  (1/2 cup)
      2  large  eggs
  160  ml  fresh milk  (2/3 cup)
1 1/2  tsp  vanilla essence
  260  gm  all-purpose flour  (2 cups)
  135  gm  granulated white sugar  (2/3 cup)
2 1/2  tsp  baking powder
   1/4  tsp  salt
  240  gm  chocolate chips  (1 cup)


Cinnamon Sugar Topping :

   1  tbsp  granulated white sugar
1/2  tsp  ground cinnamon


Method :

Chocolate Chip Muffin :  Preheat oven to 190'C/375'F and place oven rack in the center of the oven.  Butter muffin tin or line with paper liners.  Set aside.
     In a bowl, whisk together the eggs, milk and vanilla essence.
     In another bowl, whisk together the flour, sugar, baking powder and salt.  Stir in the chocolate chips.  With a spatula, fold the wet ingredients, along with the melted butter, into the dry ingredients and stir only until the ingredients are moistened and combined.  (DO NOT OVER MIX or you will have a tough muffin).
     Evenly fill in the muffin cups with the batter 2/3 full.  In a small bowl, combine the topping ingredients and then sprinkle a little topping on each muffin.  (Sprinkle some chopped walnuts on top if you wish).
     Bake for about 18-20 minutes or until done.

APPLE STRUDEL MUFFINS (15 pcs)




bekalan anak





APPLE STRUDEL MUFFINS  (yields :  15 pcs)
sumber  :   yatiememories ; thanks...sedap




Bahan-bahan :

      2  cawan  tepung gandum *
      1  sudu kecil  baking powder *
   1/2  sudu kecil  baking soda *
Secubit garam * (* diayak bersama)
      1  cawan  gula kastor
   1/2  cawan  mentega  (125 gm)
      2  biji  telur gred B
      1  sudu teh esen vanilla
1 1/2  cawan  apple didadu kecil (dalam 2 biji)


Bahan untuk crumble :

1/3  cawan  gula perang
   2  sudu besar  tepung gandum
1/8  sudu teh  serbuk kayu manis
   1  sudu besar  mentega
1/4  cawan  kacang walnut panggang (dicincang) - tambahan


Cara Membuat :

1.  Panaskan oven pada suhu 200'C, sediakan muffin cup jenis keras atau alas muffin pan dengan paper liner secukupnya.  Satukan bahan-bahan untuk "crumble" kecuali kacang walnut, gaul rata dengan hujung jari sehingga menjadi seakan serbuk roti yang kasar.  Kemudian barulah dimasukkan kacang walnut.  Gaul rata.  Ketepikan seketika.

2.  Di dalam bekas yang sesuai, satukan tepung gandum, baking powder, baking soda dan garam yang telah diayak bersama.  Ketepikan.

3.  Di dalam bekas yang lain, pukul mentega dan gula sehingga rata.  Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi sehingga sebati.  Masukkan esen vanilla dan kacau sebati.  Masukkan epal dan kacau rata menggunakan spatula atau senduk kayu.

4.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata.  (Jangan terlebih gaul nanti muffin keras selepas dibakar).  Sudukan ke dalam muffin cup 3/4 penuh.

5.  Taburkan dengan "crumble" tadi di atas setiap muffin, tekan-tekankan sedikit.  

6.  Bakar selama 25 minit atau hingga masak sepenuhnya..

FETUCINI CARBONARA




dihidang bersama Sate Kebab Briani segera (brand Akmal)  yang sangat sedap...





FETUCINI CARBONARA
cookbook :  Senangnya Memasak Makanan Barat - Chef Hanieliza..sedap




Bahan-bahan :

300  gm  fetucinni pasta  (direbus hingga lembut - agak lama juga nak rebus)
    2  sudu makan  minyak jagung
300  gm  sosej  (dipotong kecil)
    1  cawan  susu segar
  10  biji  cendawan butang  (dipotong nipis)
    1  biji  capsicum merah *
    1  biji  capsicum hijau *
    2  biji  tomato *
    1  biji  bawang besar kuning *  (* dipotong dadu)
    1  ulas  bawang putih  (dicincang halus)
    1  sudu makan  serbuk lada hitam
125  gm  keju Cheddar  (dipotong kecil)
100  gm  keju Parmesan  (dicincang/sagat halus)
  30  gm  daun parsley  (dicincang halus) (saya guna parsley flake)
    1  sudu makan  serbuk oregano
Garam secukup rasa


Cara Membuat :

1.  Panaskan minyak jagung, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
2.  Masukkan sosej, tomato, cendawan dan susu segar.  Kacau rata.
3.  Masukkan serbuk lada hitam, serbuk oregano dan garam.  Kacau rata.
4.  Masukkan keju Cheddar, capsicum merah dan hijau.  Masak hingga pekat.
5.  Tuangkan di atas fetucinni (yang telah direbus) dan taburkan daun parsley dan keju Parmesan.
6.  Sedia dihidangkan...

Saturday, November 22, 2014

PUDING SAGU







PUDING SAGU
sumber  :  Chef Hanieliza ; thanks...




Bahan A :  (Sagu)

2  cawan  sagu mata ikan  (dicuci bersih & direndam sekejap)
5  cawan  air
1  sudu teh  pewarna hijau
1  tin  susu cair  (400  ml)
1  tin  buah-buahan koktel (sebagai hiasan jika perlu)


Bahan B :  (Air Gula)

   1  cawan  gula merah
1/2  cawan  gula pasir
   1  cawan  air


Cara Membuat :

1.  Didihkan air, masukkan sagu dan pewarna hijau.  Kacau sehingga sagu masak & jernih.  Tutup api.
2.  Toskan sagu dan lalukan di bawah air paip yang mengalir untuk membuang kanjinya.
3.  Masukkan sagu ke dalam acuan kecil/pilihan.  Kemudian sejukkan.
4.  Masakkan kesemua bahan B sehingga mendidih dan sedikit pekat.
5.  Keluarkan sagu dan masukkan ke dalam mangkuk kecil.  Tuangkan susu cair.
6.  Hiaskan dengan buah-buahan koktel.  Sejukkan di dalam peti sejuk.
7.  Tuangkan air gula merah dan hidangkan..