KEK PISANG
▼
Saturday, February 28, 2015
KEK COKLAT KUKUS MOIST
KEK COKLAT KUKUS MOIST
rujukan dari : Chef Zubaidah, Yatiememories dll; thanks...
tried by : zaralovebaking...
Bahan-bahan :
100 gm serbuk koko *
250 gm gula kastor *
1 tin susu isian cair *
200 gm minyak masak sayuran *
250 gm susu pekat manis *
4 biji telur 'A' - dipukul sehingga berbuih
150 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
Loyang : 8" atau 9"
Cara-cara :
1. Campurkan kesemua bahan-bahan bertanda * di dalam periuk dan masak dengan api perlahan sehingga licin. Sentiasalah dikacau menggunakan whisk, tidak perlu sampai mendidih, sekadar gula larut saja.
2. Satukan dengan telur yang dipukul dengan mixer tadi. Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder dan baking soda sedikit demi sedikit sehingga sebati. Gaul rata menggunakan whisk.
3. Tuangkan ke dalam loyang yang dialas dengan kertas minyak. Loyang hendaklah dilenser dengan sedikit minyak disekelilingnya terlebih dulu. Tutup permukaan loyang dengan aluminium foil. Kukus selama 1 jam dengan api sederhana. Pastikan air telah mendidih sebelum dikukus. Sejukkan terlebih dulu sebelum dihias dengan coklat ganache. (untuk bekas kecil, kukus selama 20 minit atau sehingga masak)...
(menghasilkan : 11 bekas)
Ganache Simple :
150 gm coklat masakan - dipotong kecil-kecil
1/4 cawan susu cair
1 sudu besar minyak masak sayuran
Cara-cara :
1. Panaskan susu (kaedah double boiler) + coklat masakan yang dipotong kecil.
2. Tutup api dan kacau sehingga coklat cair.
3. Masukkan minyak dan kacau sebati.
4. Biarkan seketika barulah dicurahkan ke atas kek.
5. Hiaskan mengikut citarasa.
APAM B SOLO & APAM POLKA DOT
berintikan kacang merah : 50 pcs
berintikan jem strawberi : 50 pcs
28/2/2015 (Sabtu) - Tempahan dari Pn Azizah Maliki, terima kasih...
Friday, February 27, 2015
MANGO SMOOTHIE
MANGO SMOOTHIE
adapted from : Dishin with Di.com; thanks...
tried by : zaralovebaking; delicious & yummy because ginger is added...
Ingredients :
1 cup fresh mango - cut into chunks
6 ounces Greek yogurt (about 170 gm)
1/2 cup orange juice - freshly squeezed
2 tbsp honey or to taste
1/4 tsp fresh ginger - grated
Handful of ice cubes
Method :
Combine all the above ingredients in a blender and mix until smooth. Pour into glasses and serve.
Wednesday, February 25, 2015
RESIPI KUIH LOPES
percubaan pertama ku membuat kuih ini....menjadi & sangat sedap..
terima kasih pada penyumbang resipi ini...
RESIPI KUIH LOPES
sumber dari : tulip77@myresipi, Intai Dapur, Azlita Masam Manis; thanks...
tried by : zaralovebaking....
Bahan-bahan :
2 cawan beras pulut (saya guna beras pulut susu & direndam selama 1 jam saja)
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan (dikisar)
1 sudu teh air kapur
1/2 sudu teh garam
Beberapa titik pewarna hijau
Kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam
Bahan Air Gula :
3 ketul gula Melaka
5 sudu besar gula pasir
3 cawan air
Cara Penyediaan :
1. Cuci beras pulut, rendamkan beras pulut dengan air selama 3 jam. Masukkan juga beberapa titik pewarna hijau dan air kapur. (Jika menggunakan beras pulut susu, masa rendaman anggaran 1 jam saja). Kisar daun pandan (anggaran 3-4 helai) bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya. Kemudian toskan beras pulut tadi dan masukkan ke dalam loyang. Kukus selama 20 minit. Selepas itu, masukkan santan dan air pandan, kukus lagi selama 30 minit atau sehingga masak.
2. Alaskan bekas 4 segi atau bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut yang telah dikukus tadi dan tekan padat-padat dengan plastik/daun pisang. Biarkan sejuk kemudian potonglah ikut bentuk yang disukai. Kemudian golekkan ke dalam kelapa parut putih. (Saya menggunakan plastik dadih untuk membentukkan kuih lopes ini).
3. Semasa kukus pulut, bolehlah dibuat air gula. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk, bila sudah mendidih kecilkan api dan masak sehingga agak likat. Bila dah sejuk bolehlah dimakan bersama pulut.
(menghasilkan : anggaran 21 keping menggunakan bekas dadih plastik).
Tuesday, February 24, 2015
KASWI KELADI
KASWI KELADI
sumber dari : yatiememories; thanks...
tried by : zaralovebaking; sedap & lembut... (18 biji)
Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
1 cawan keladi lecek (setelah direbus)
2 1/2 cawan santan
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh air kapur
Sedikit pewarna ungu jika suka
Secawan kelapa parut putih + secubit garam untuk disalut pada kuih
Cara Penyediaan :
1. Mula-mula panaskan pengukus dulu.
2. Campurkan sebati kesemua bahan kecuali kelapa parut putih ke dalam pengisar dan kisarkan semuanya.
3. Sapukan sedikit minyak pada loyang dan selepas itu masukkan adunan ke dalamnya.
4. Kukus selama 25-30 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
5. Bila dah masak, sejukkan dahulu, biarkan betul-betul sejuk barulah dipotong & digolekkan di dalam kelapa. (Untuk acuan kecil-kecil : masa mengkukus 20 minit saja dengan api sederhana).
Monday, February 23, 2015
CHOCOLATE CHIP MUFFINS
CHOCOLATE CHIP MUFFINS
adapted from : Joy of Baking; thanks...
tried by : zaralovebaking; moist & delicious....
Ingredients :
1/2 cup unsalted butter - melted & cooled (113 gm)
2 large eggs
2/3 cup milk (160 ml)
1 1/2 tsp vanilla extract
2 cups all-purpose flour (260 gm)
2/3 cups granulated white sugar (135 gm)
2 1/2 tsp baking powder
1/4 tsp salt
1 cup chocolate chips (240 gm)
Cinnamon Sugar Topping :
1 tbsp granulated white sugar
1/2 tsp ground cinnamon
Method :
Preheat oven to 375'F/190'C. Butter or line with paper liners muffin tins.
In a bowl, whisk together the eggs, milk and vanilla extract.
In another large bowl, whisk together the flour, sugar, baking powder and salt. Stir in the chocolate chips. With a rubber spatula fold in the wet ingredients, along with the melted butter, into the dry ingredients and stir only until the ingredients are moistened and combined. (Do not over mix or you will have tough muffins).
Evenly fill the muffin cups with the batter. In a small bowl combine the topping ingredients and then sprinkle a little topping on each muffins. Place in the oven and bake for about 18 to 20 minutes or until a toothpick inserted in the center comes out clean.
Sunday, February 22, 2015
KEK ZEBRA
KEK ZEBRA
cookbook : Kompilasi Hidangan Kek - Nor Aini Zakaria
tried by : zaralovebaking...
Bahan-bahan :
250 gm mentega
220 gm tepung kek/tepung gandum *
1 sudu teh serbuk penaik * (* diayak - A)
200 gm gula kastor
50 gm susu segar
4 biji telur gred A
1 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh coklat emulco
Cara Membuat :
1. Griskan acuan bulat berukuran 8 inci. Lapik dengan kertas serap minyak. Panaskan ketuhar pada suhu 180'C.
2. Satukan mentega, gula kastor dan esen vanilla dalam mangkuk adunan. Pukul hingga kembang dan putih.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul hingga sebati.
4. Kemudian masukkan bahan (A) sedikit demi sedikit sambil dikacau berselang-seli dengan susu segar.
5. Bahagikan adunan pada dua bahagian sama banyak. Satu dibiarkan warna asal dan satu lagi dimasukkan serbuk koko dan coklat emulco. Gaul hingga sebati.
6. Ambil satu senduk warna asal dan tompokkan di bahagian tengah acuan. Diikuti pula adunan warna coklat. Buat cara yang sama hingga adunan habis.
7. Goyangkan acuan supaya adunan rata. Bakar selama 1 jam.
ORANGE CHIFFON CAKE
ORANGE CHIFFON CAKE
cookbook : 'Chiffon cake is done' - Kevin Chai
tried by : zaralovebaking....
Egg yolk batter :
7 egg yolks
50 gm caster sugar
1/4 tsp salt
4 tbsp cooking oil
2 tbsp grated orange rind
60 ml orange juice
few drops orange food colouring
110 gm self-raising flour
Egg white foam :
7 egg whites
1/2 tsp cream of tartar
130 gm caster sugar
Method :
1. To make egg yolk batter; combine egg yolks, sugar, salt, cooking oil, grated orange rind, orange juice and orange food colouring in a mixing bowl. Fold in flour until forms batter.
2. To make egg white foam; beat egg whites and cream of tartar until mixture form soft peaks. Gradually add in sugar, beating at high speed until frothy and stiff peaks form.
3. Gently fold beaten egg white foam into egg yolk batter until blended with a spatula.
4. Pour batter into ungreased 9-inch/22cm tube pan. Bake in preheated oven at 170'C for 30-40 minutes or until cooked.
5. Remove from oven, invert cake onto table until completely cooled.
MUFFIN VANILLA
RESEPI MUFFIN VANILLA
sumber dari : iresipi.com/Che'Nom; thanks
tried by : zaralovebaking....(15 pcs)
Bahan-bahan :
2 cawan tepung serbaguna/tepung gandum
3/4 cawan gula kastor
1 tsp baking powder
1/2 tsp garam
1 cawan susu segar
1 tsp esen vanilla
1 biji telur (saiz besar)
1/2 cawan mentega - cairkan & sejukkan pada suhu bilik
Hiasan : kepingan badam & chocolate chip secukupnya
Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 180'C.
2. Dalam mangkuk adunan, ayakkan tepung, baking powder dan garam.
3. Dalam mangkuk lain, satukan susu segar, telur, gula, esen vanilla dan kemudian masukkan mentega yang dicairkan tadi. Kacau sebati dan tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam bahan adunan tepung dan dikacau sebati. (Pastikan adunan tidak dikacau terlalu lama agar muffin tidak mengeras selepas dibakar).
4. Sudukan adunan ke dalam acuan muffin 3/4 penuh, taburkan dengan sedikit kepingan badam dan chocolate chips.
5. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
Saturday, February 21, 2015
BROWNIES
sebelum bakar
selepas bakar
BROWNIES
adapted from : Joy of Baking; thanks
tried by : zaralovebaking (delicious)...
Ingredients :
150 gm semisweet or bittersweet chocolate, chopped (5 ounces)
113 gm unsalted butter, softened (1/2 cup)
2 tbsp cocoa powder (15 gm)
1 cup granulated white sugar (200 gm)
1 tsp pure vanilla extract
3 large eggs
3/4 cup all-purpose flour (95 gm)
1/4 tsp salt
3/4 cup chocolate chips (optional) (125 gm)
Method :
Preheat oven to 350'F/180'C and place the rack in the center of the oven. Butter an 8-inch/20cm square pan and line the bottom of the pan with parchment paper. Set aside.
Melt the chocolate and butter in a large stainless steel bowl placed over a saucepan of simmering water. Remove from heat and stir in the cocoa powder and sugar. Next, whisk in the vanilla extract and eggs, one at a time, beating well after each addition. Finally, stir in the flour, salt and chocolate chips (if using).
Pour into the prepared pan and bake for about 25 to 30 minutes or until a toothpick inserted in the center comes out with a little batter and a few moist clumps clinging to it. Do not over bake. Remove from oven and let cool on a wire rack.
PENKEK BLUBERI
PENKEK BLUBERI
sumber dari : KOSMO 2011
tried by : zaralovebaking; sedap & lembut...
Bahan-bahan :
1 cawan tepung serbaguna
1 sudu besar gula kastor
1 sudu kecil serbuk penaik
Sedikit garam
1 biji telur gred L/A (saya guna gred L)
2 sudu kecil minyak sayuran
1 cawan susu segar
1/2 cawan bluberi
Sedikit kranberi kering
Cara-cara membuatnya :
1. Campurkan kesemua bahan kering ke dalam satu mangkuk.
2. Campurkan susu, telur dan minyak sayuran dan kacau sehingga sebati. Tuangkan ke dalam campuran bahan kering dan kacau sehingga sebati dan adunan menjadi licin.
3. Panaskan kuali non-stick yang disapukan sedikit minyak dan tuangkan 1/3 cawan adunan ke atas kuali. Saiz penkek lebih kurang 4 inci. Taburkan beberapa biji bluberi ke atas adunan penkek.
4. Apabila gelembung udara mula ketara biasanya dalam 10 hingga 15 saat, balikkan dan masak sehingga perang keemasan.
5. Hidangkan dengan bluberi, kranberi kering dan madu.
TIPS :
1. Ketika memasak, gunakan api yang sederhana dan kecil untuk mengelakkan penkek daripada hangus.
2. Jika adunan terlebih manis, cuba pekatkan adunan sedikit dengan menambahkan sedikit tepung dan tuangkan ke dalam acuan muffin kerana ia boleh menjadi adunan muffin yang enak.
Friday, February 20, 2015
JEJEMPUT OAT
JEJEMPUT OAT
sumber dari : Wan Mazlah Wan Hasan/FB; thanks..
tried by : zaralovebaking... (sedap)
Bahan-bahan :
1/2 batang lobak merah - dipotong kecil atau sagat kasar
1 biji ubi kentang - dipotong kecil atau sagat kasar
1 biji bawang besar - dipotong dadu kecil
1 biji telur
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 cawan instant oat
Daun bawang atau daun kucai - dihiris
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
Cara Membuat :
Satukan kesemua bahan-bahan di atas kecuali minyak masak dan gaulkan sehingga sebati. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu pekat atau cair.
Panaskan minyak di dalam kuali, ambil sejemput-sejemput adunan ke dalam kuali dan goreng sehingga masak keperangan. Api jangan terlalu besar. Angkat & toskan. Enak dicicah bersama sos cili atau sos tomato.