KEK PISANG

Thursday, December 24, 2015

Salam MAULIDUR RASUL bagi umat Islam...

 Thermometer untuk pelbagai kegunaan (baking) idaman ku..
 Kitchen tools
Kitchen tools & Thermometer yang selama ini ku inginkan dapat jua akhirnya.  Hadiah/cenderahati dari anak ku M Ajwad Zikri. Beliau membelinya di Walmart ketika beliau ke US/Eropah baru-baru ni.  Terima kasih anak ku..

ASAM PEDAS DAGING







ASAM PEDAS DAGING
sumber  :   DapurTanpaSempadan...
C&P     :   zaralovebaking; thanks...




Bahan-bahan :

600  gm  daging batang pinang
    1  batang  serai   -  diketuk
    1  kuntum  bunga kantan   -  dibelah 2
    1  ikat  daun kesom
    1  camca teh  lada hitam kisar
    2  sendok nasi  cili kisar
 3/4  camca teh  serbuk kunyit
 1/2  camca teh  pes asam jawa atau secukup rasa
Garam & gula secukup rasa
Air secukupnya


Bahan Kisar Halus :

   7  biji  bawang merah
   3  ulas  bawang putih
   1  inci  halia
1/2  inci  lengkuas


Cara Memasak :

1.   Daging dihiris nipis, cuci bersih dan toskan.  Panaskan minyak di dalam periuk (anggaran 1/3 cawan).  Tumiskan serai dan bahan-bahan kisar halus sehingga harum.  Masukkan serbuk kunyit dan kacau rata.  Tambahkan cili kisar dan masak sehingga cili garing dan naik minyak.  Guna api kecil dan sentiasa dikacau.

2.   Tambahkan daging dan daun kesom, kacau hingga daging kecut.  Tuangkan air secukupnya, kacau dan biarkan mendidih.  Masak sehingga daging empuk (jika daging masih keras dan kuah kering, tambahkan sedikit air panas).  Masukkan pes asam jawa dan bunga kantan.  Kacau dan biarkan mendidih.

3.   Perasakan dengan garam secukup rasa, sedikit gula dan lada hitam kisar.  Kacau rata dan masak sekejap.  Rasa dan jika 'ok' boleh tutup api.  Hidangkan bersama nasi putih dan lauk sampingan.

PENGAT PISANG BERSAGU



 sedap juga dimakan bersama aiskrim..





PENGAT PISANG BERSAGU
Oleh  :   zaralovebaking...




Bahan-bahan :

   2  biji  pisang abu  -  dipotong bulat/serong & direbus sebentar hingga agak lembut sedikit
   1  keping  gula kabung/gula merah
1/2  cawan  gula pasir  (ikut kemanisan masing-masing)
   1  cawan  santan cair
   1  cawan  santan pekat
1/4  cawan  sagu biji  -  cuci, rendam sebentar & toskan
   2  helai  daun pandan  -  disimpul
Sedikit garam  -  untuk melemakkan rasanya


Cara-cara :

1.  Buang kulit pisang dan hiris bulat/serong atau ikut suka.  Rebus pisang hingga separuh masak.  Bila dah empuk, angkat dan toskan.  Jangan rebus lama sangat nanti tidak cantik pisangnya.
2.  Daun pandan di siat-siat kemudian disimpul.
3.  Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk kecuali pisang dan sagu biji.
4.  Masak dengan api perlahan, sentiasalah dikacau perlahan-lahan sehingga mendidih.
5.  Akhir sekali masukkan sagu biji dan pisang, gaul sebati.
6.  Sentiasa digaul agar santan tidak pecah, biarkan mendidih seketika dan tutup api. 
7.  Hidangkan!!

SARDINE ROLL








SARDINE ROLL
sumber  :   MyBakingWorkshop; thanks...




Bahan-Bahan Inti :

 30  gm  sardin ayam brand - hancurkan sedikit dengan garfu
   1  biji  bawang besar saiz sederhana  -  cincang halus
   1  biji  bawang merah   -   cincang halus
1/2  sudu teh  garam
   1  sudu besar  gula
   3  sudu besar  air
   2  sudu besar  minyak masak untuk menumis


Cara-cara :

     Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang merah sehingga naik bau.  Masukkan sardin, gaul rata.  Masukkan gula dan garam.  Gaul rata.  Akhir sekali, masukkan air dan masak sehingga mendidih.  Tutup api dan biarkan sejuk sebentar.


Bahan Lain :

10-12  keping  roti putih dicanai sehingga nipis
        1  biji  telur, dipukul sedikit
Breadcrumbs secukupnya


Cara-cara :

1.  Canai roti sehingga nipis supaya tidak mudah meresap minyak ketika menggoreng nanti.
2.  Sapukan sedikit telur di hujung roti supaya mudah melekat bila digulung.
3.  Letakkan sedikit inti sardin di sebelah hujung roti.  Gulung kemas perlahan-lahan.
4.  Celup gulungan roti ke dalam telur yang dipukul.  Kemudian lumurkan pula ke dalam breadcrumbs.
5.  Panaskan minyak dan goreng sehingga kuning keemasan.  Angkat dan toskan minyak.  Hidangkan bersama-sama sos pilihan...

Wednesday, December 23, 2015

CHURROS








CHURROS
sumber dari  :   YouTube...




Bahan-bahan :

      1  cawan  air
1 1/4  cawan  tepung gandum
2 1/2  biji  telur gred B  -  dikocok
      1  sudu teh  gula pasir
   1/2  sudu teh  garam
      1  sudu makan  mentega/marjerin


Bahan Salutan :  (Gaul sebati)

1/2  cawan  gula kastor
   1  tsp  serbuk kayu manis


Chocolate Ganache :  (Double-boil)

100  gm  coklat masakan Beryl
 1/2  cawan  susu segar/susu cair


Cara-cara :

1.  Didihkan air, garam, gula dan mentega.

2.  Apabila mendidih, kecilkan api dan masukkan tepung, kacau cepat-cepat dan tutup api.  Pastikan tiada kelihatan tepung lagi.

3.  Biarkan suam seketika.  Masukkan telur sedikit demi sedikit, kacau sebati sehingga adunan kelihatan berkilat dan boleh dipaip.

4.  Masukkan adunan ke dalam piping bag.

5.  Panaskan minyak.  Paipkan adunan churros ke dalam minyak dan goreng sehingga kekuningan.

6.  Setelah masak angkat, toskan minyak dan golekkan di dalam campuran gula halus dan serbuk kayu manis.  (Juga sedap dicicah dengan sos coklat).

AYAM MASAK MERAH








AYAM MASAK MERAH
sumber   :    Azie Kitchen ; thanks (sedap)...




Bahan-Bahan :

    1  ekor  ayam  -  dipotong kecil, lumur garam + serbuk kunyit & goreng separuh masak
    2  kuntum  bunga lawang
    1  batang  kulit kayu manis
    2  sudu makan  sos cili
  60  ml   santan
250  ml   air
    3  biji  tomato  -  belah 4
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Kacang peas  (optional - saya tak letak)


Bahan Kisar Halus :

       4  biji  bawang besar
       5  ulas  bawang merah
       5  ulas  bawang putih
       2  cm  halia
15-20  tangkai  cili kering  -  rebus sebentar & kisar


Bahan Hiris :

3  biji  bawang besar holland
5  ulas  bawang putih
2  cm  halia  -  hiris menjadi 3 keping


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan hirisan sampai layu.  Kemudian masukkan bahan kisar halus dan gaul rata.

2.  Selepas itu masukkan cili kering kisar dan sos cili.  Tumiskan sampai pecah minyak.  Bila dah pecah minyak, masukkan ayam yang dah digoreng separuh masak tadi.  (Jika ayam digoreng garing, ayam akan menjadi liat).  Kacau rata dan biarkan seketika.

3.  Kemudian masukkan air mengikut banyak mana kuah yang disukai.  Selepas itu masukkan santan untuk memekatkan kuah mengikut yang disukai.

4.  Masukkan buah tomato dan garam secukup rasa.  Masak sehingga pecah minyak.  Taburkan sedikit gula, jika suka.  Bila rasa dah sebati dan warna pun dah cantik, tutup api.

NASI SERAI & KERABU TIMUN







NASI SERAI
sumber   :   yatiememories & chef hanieliza ; thanks...




Bahan-bahan :

4  cawan  beras basmathi , cuci bersih, rendam selama 20 minit & toskan
6  cawan  air
1  labu  bawang besar   -  dipotong dadu kecil
3  ulas  bawang putih   -  ditumbuk
2  helai  daun pandan  -  disimpul
1  batang  kulit kayu manis
2  biji  buah pelaga
1  kuntum  bunga lawang
5  batang  serai  -  dititik/ketuk
2  kiub  pati ayam Maggi/Knorr
3  sudu makan  minyak sapi
Garam secukup rasa


Cara Memasak :

1.   Panaskan minyak sapi di dalam periuk dan masukkan bawang besar dan daun pandan.

2.   Gorengkan sehingga bawang layu dan wangi.  Masukkan bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.

3.   Masukkan serai dan kacau lagi.  Goreng lagi sehingga wangi dan masukkan beras.

4.   Kacau-kacaukan sekejap dan masukkan air secukupnya. 

5.   Masukkan kiub pati ayam (hancurkan dulu) dan garam secukup rasa.  Tutupkan dan alihkan periuk ke dalam rice cooker dan 'ON' kan switch rice cooker.

6.   Kacaukan sedikit sehingga semua sebati dan masaklah sehingga nasi masak sepenuhnya.

7.   Bila nasi dah masak, gemburkan sedikit menggunakan chopstick, jangan kacau lama-lama bagi mengelakkan nasi patah-patah.








KERABU TIMUN




Bahan-bahan :

2  biji  timun  -  dihiris/sagat nipis
3  biji  cili merah  -  dihiris
1  tin  nenas dalam tin  -  buangkan airnya
1  biji  bawang besar  -  dihiris bulat & leraikan
5  sudu teh  cuka masakan
3  sudu teh  gula pasir
1  sudu teh  garam


Cara-cara :

     Gaulkan kesemua bahan sehingga mesra dan sebati.  Sedia untuk dihidangkan.



SOSEJ ROLL








SOSEJ ROLL
Oleh  :   zaralovebaking..




Bahan-bahan :

10  keping  roti Gardenia
10  batang  sosej
  1  biji  telur
Secubit garam
Sedikit breadcrumbs (kuning/putih) secukupnya
  1  sudu makan  tepung gandum dibancuh dengan sedikit air  -  untuk dijadikan gam pada roti


Cara-cara :

1.   Rebus sosej di dalam periuk selama 10 minit, angkat, toskan dan keringkan di atas tisu dapur.

2.   Stimkan roti di dalam steamer (atau guna kuali biasa saja) sampai roti lembut.

3.   Sediakan dua bekas sederhana besar, pecahkan telur di dalam bekas pertama, tambahkan sedikit garam dan pukul telur.  Manakala masukkan pula breadcrumbs di dalam bekas yang satu lagi.

4.   Bancuhkan tepung gandum bersama sedikit air, gaul sebati.

5.   Ambil 1 keping roti, letak atas papan pencanai dan gelek roti tadi sampai rata/nipis supaya tidak meresap minyak bila digoreng nanti.

6.   Ambil 1 batang sosej, letakkan di atas roti, gulung dan sapukan sedikit bancuhan air + tepung tadi sebagai gam di hujung roti agar tidak terbuka bila digoreng.  Buat hingga habis.

7.   Celupkan roti di dalam telur kemudian golekkan pula ke dalam breadcrumbs.  Buat hingga habis.

8.   Panaskan minyak dan goreng sehingga kuning keemasan.  Angkat dan toskan minyak di atas tisu dapur.  Hidangkan bersama sos cili/sos tomato atau mayones.

Tuesday, December 22, 2015

DAGING BLACK PEPPER







DAGING BLACK PEPPER
sumber   :    Dapur Tanpa Sempadan; thanks...




Bahan-bahan :

500  gm  daging lembu  -  hiris nipis, cuci & rebus sehingga empuk
    1  camca besar  tepung gandum
Secubit garam
    1  biji  bawang besar  -  dipotong bulat & leraikan
 1/2  inci  halia *
    3  ulas  bawang putih *  (* ditumbuk halus)
 1/2  camca besar  lada hitam biji  -  ditumbuk hancur kasar
    2  camca besar  sos tiram
    1  camca besar  kicap pekat
 1/4  cawan  air
Garam & gula secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan


Cara Memasak :

1.   Toskan daging kemudian gaul rata dengan tepung gandum dan secubit garam.  Goreng sehingga daging perang, angkat dan toskan.  Tinggalkan lebih kurang 3 camca besar minyak.  Tumiskan bahan tumbuk halus sehingga harum kemudian masukkan sos tiram dan lada hitam, kacau rata dan masak sekejap.

2.   Masukkan daging, kicap pekat, gaul rata dan tambahkan air.  Masak dengan api sederhana sehingga pekat.  Masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa, kacau rata.  Masak sekejap dan rasa, jika 'ok' boleh matikan api.  Taburkan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.

KUIH BADAK BERENDAM







KUIH BADAK BERENDAM
sumber  :   buku resipi




Bahan Inti :

150  gm  kelapa parut putih
  50  gm  gula Melaka atau gula merah
100  ml   air
  40  gm  gula pasir
    1  helai  daun pandan  -  disimpul


Bahan Doh :

300  gm  tepung pulut
280  ml   air  (tidak perlu dihabiskan jika telah menjadi adunan tidak melekat dijari)
Garam secukup rasa


Bahan Kuah :

400  ml   santan
125  ml   air
    2  sudu besar  tepung beras
    2  helai  daun pandan  -  disimpul
  80  gm  gula pasir
Garam secukup rasa


Cara Membuat :

1.   Inti  :  Kacau semua bahan hingga agak kering.  Angkat dan biar sejukkan.

2.   Kuah :  Campurkan santan, air, tepung beras, daun pandan, gula dan garam.  Masak hingga mendidih.  Ketepikan.

3.   Doh  :  Gaul tepung pulut dan garam.  Masukkan air dan uli hingga menjadi doh yang tidak melekat dijari.  Bentukkan sedikit adunan menjadi bulat, isikan dengan inti kelapa.  Bulatkan semula dan buat hingga habis.

4.   Didihkan air dan masukkan bebola berintikan kelapa tadi.  Bila timbul, angkat.  Letakkan ke dalam kuahnya.  Sedia untuk dihidangkan.

Monday, December 21, 2015

CELEBRATING BIRTHDAYS!!!!



 Tahun ini agak menyeronokkan buat saya sekeluarga kerana buat pertama kali sambut hari jadi dua orang sekaligus  walaupun anak-anak yang lainnya tidak turut serta kerana berada jauh diperantauan.  
20/12/2015 (Sabtu) Cucu saya Muhammad Zayin Asyraf &
21/12/2015 (Isnin) Anak bongsu saya, kedua-dua buah hati saya sambut hari jadi selang-sehari, bulan yang sama cuma berlainan tahun..










RAINBOW CAKE
Oleh  :   zaralovebaking...




Bahan A :  (diayak)

400  gm  tepung superfine
    2  tsp  baking powder


Bahan B :

500  gm  pure butter  (SCS/Tatura/Anchor)
330  gm  gula kastor
    1  tsp  esen vanilla
    5  biji  telur gred A/B


Bahan C :

350  ml   susu segar yang sejuk

Loyang :  8 inci bulat, gris dan alas dengan kertas serap minyak


Cara-cara :

1.  Beat butter + gula selama 3 minit high speed.
2.  Masukkan telur dan beat 1 minit.
3.  Masukkan esen vanilla.  Beat sebentar.
4.  Masukkan tepung dan susu berselang-seli.
5.  Bahagikan kepada 6 bahagian dan warnakan :  kuning, orange, merah, hijau, biru, violet (300 gm setiap satu warna).
6.  Bakar selama 25-30 minit atau sehingga masak pada suhu 180'C (ikut kesesuaian oven) api atas bawah.


Krim Mentega :

150  gm  mentega
350  gm  krimwell
180  gm  susu krimer manis
    4  tbsp  gula aising  (ayak)
    1  tsp  esen vanilla


Cara-cara :

     Pukul mentega dan krimwell sehingga kembang dan gebu selama 10 minit.  Masukkan susu krimer manis, esen vanilla dan gula aising.  Pukul lagi sehingga sebati.  (Warnakan dengan warna pilihan jika suka).  Siap untuk digunakan.. 

Sunday, December 20, 2015

AGAR-AGAR SANTAN GULA MERAH








AGAR-AGAR SANTAN GULA MERAH
Cookbook  :  Senangnya Memasak Puding & Desert - Chef Hanieliza...




Bahan-bahan :

 10  gm  serbuk agar-agar  (1 paket)
   1  liter  air  (5 cawan)
   1  cawan  gula merah
1/2  cawan  gulapasir
   2  cawan  santan pekat dari 1 biji kelapa 
   1  biji  telur


Cara-cara :

1.  Masakkan serbuk agar-agar dengan air sehingga mendidih.
2.  Masukkan gula merah dan gula pasir.  Biarkan mendidih sekali lagi.
3.  Gaulkan telur dan santan sehingga sebati.  Kemudian tapiskan.
4.  Masukkan santan dan kacau.  Biarkan mendidih seketika.
5.  Angkat adunan dan tuangkan ke dalam acuan pilihan yang telah dibasahkan terlebih dahulu.
6.  Sejukkan dan potongkan semasa menghidang.

Nota  :  Saya menggunakan 1 pek santan kotak + air jadikan 2 cawan..

CHICKEN MANDY RICE@NASI MANDY AYAM



20/12/2015 (Ahad) Hari ni genap cucu sulung saya Muhammad Zayin Asyraf dari anak kedua saya berusia 1 tahun.  Maka sempena hari jadinya, saya membuat serba sedikit jamuan makan-makan bersama ahli keluarga, yang simple saja.
Nasi Mandy Ayam, Agar-Agar Gula Melaka & sebiji kek yang simple saja..









CHICKEN MANDY RICE
sumber   :   Azie Kitchen ; (sangat sedap - untuk 4 orang makan), thanks...




Bahan-bahan A :

   4  cawan  beras basmathi  (cuci bersih, rendam 20 minit & toskan)
1/2  cawan  minyak zaitun
   2  labu  bawang besar  -  potong dadu
   5  ulas  bawang putih  -  dimayang
1/2  cm  kulit kayu manis
   1  kuntum  bunga lawang
   2  biji  buah pelaga
   5  kuntum  bunga cengkih
   1  helai  daun bay@daun salam
   3  helai  daun pandan  -  disimpul
   1  ketul  arang  -  dibakar hingga menjadi arang


Bahan-bahan B :

   1  ekor  ayam  -  dipotong 8 - cuci bersih & toskan
1/2  cm  halia  -  diketuk atau dihiris kasar
   1  sudu teh  serbuk ketumbar
   1  sudu teh  serbuk jintan manis
   1  sudu teh  serbuk jintan putih
   1  sudu teh  serbuk kunyit
   1  sudu teh  serbuk lada hitam
   1  helai  daun salam@daun bay
   1  sudu makan  minyak masak
   1  liter  air  (agak-agak ayam tenggelam)
Garam & gula secukup rasa


Cara Memasak :

     Kesemua bahan-bahan B dididihkan di dalam periuk sehingga ayam masak.  Angkat, keluarkan ayam dan toskan.  Lumurkan ayam ini dengan minyak.  Manakala air rebusannya disimpan untuk memasak nasi.  Ketepikan.

Untuk Nasi  :   Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bahan-bahan tumisan (bawang besar, bawang putih) bersama 3 helai daun pandan dan bay leaf sehingga naik bau.  Masukkan beras dan gorengkan seketika.  Kemudian curahkan 5 cawan air rebusan ayam tadi.  Kemudian pindahkan periuk ke dalam rice cooker.
     Masak nasi sehingga kering kemudian susunkan ayam di atas nasi dan buatkan lubang ditengah-tengah nasi.  Letakkan aluminium foil ditengah-tengah nasi.  Masukkan minyak dan arang yang telah menjadi bara ke dalam aluminium tersebut.  Tutup periuk nasi dengan kertas aluminium dan kemudiannya tutup dengan tudung periuk nasi supaya aroma asap terperangkap di dalam periuk.
     Masak lagi nasi itu sehingga 5-10 minit atau sehingga nasi masak.  Setelah itu angkat dan hidangkan bersama salsa.


SALSA

Bahan-bahan :

4  biji  buah tomato  -  dipotong dadu
1  batang  timun dibuang biji  -  dipotong dadu
1  labu  bawang besar  -  dipotong dadu
2  tangkai  cili merah  -  dimayang halus
2  tangkai  cili hijau  -  dimayang halus
5  tangkai  cili padi  -  dimayang halus
1  biji  lemon  -  diperah & ambil jusnya
1  sudu makan  minyak zaitun
Garam & gula secukup rasa


Cara-cara :

     Campurkan kesemua bahan-bahan di atas.  Gaul mesra di dalam satu mangkuk.  Perasakan sehingga cukup rasa dan sedia untuk dihidangkan bersama Nasi Mandy.