KEK PISANG
▼
Tuesday, December 1, 2015
AYAM KASHMIR
AYAM KASHMIR
buku : 101 Resipi menggunakan Pemanggang Ajaib - Chef Hanieliza...
Bahan-bahan :
500 gm ayam - dipotong sederhana
3 sudu makan sos tomato
1 sudu makan rempah beriani
2 sudu makan rempah kari pedas daging
2 biji ubi kentang - dipotong kiub
4 biji tomato - dibelah 4
1 pokok daun ketumbar - dihiris kasar
2 cawan air
Garam secukup rasa
Bahan Tumis :
3 sudu makan minyak masak
1 labu bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - dihiris
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
10 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Cara Memasak :
1. Masukkan ayam ke dalam pemanggang ajaib. Tutup pemanggang dan bakar selama 10 minit dengan api sederhana. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Gaulkan sos tomato, rempah beriani, rempah kari dan sedikit air di dalam mangkuk.
4. Masukkan ke dalam pemanggang ajaib dan kacau sehingga naik minyak.
5. Masukkan ayam, ubi kentang, garam dan air secukupnya. Gaul rata, tutup dan masak selama 5 minit.
6. Masukkan tomato dan gaul rata. Hidangkan bersama hirisan daun ketumbar.
No comments:
Post a Comment