KEK PISANG
▼
Tuesday, December 1, 2015
SUP TAUHU LEMBUT
SUP TAUHU LEMBUT
By : zaralovebaking...
Bahan-bahan :
3 keping tauhu lembut - dibelah 4
1 batang lobak merah - dipotong kiub
1 bungkus jagung muda/baby corn
2 tangkai cili merah - dihiris serong
1 tangkai broccoli - dipotong
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu makan sos tiram
1 kiub pati ayam Maggi
1 biji telur
1 sudu makan tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
2 cawan air atau secukupnya
Sedikit daun sup & daun bawang - dihiris
Bahan Tumis :
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1/2 biji bawang besar - dihiris
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak di dalam kuali/periuk, tumiskan bahan tumis sehingga berbau harum.
2. Masukkan sedikit air dan masukkan serbuk lada hitam, sos tiram dan kiub pati ayam, kacau sebati.
3. Masukkan sayur-sayuran yang telah dipotong, hirisam cili merah, biarkan seketika hingga lobak merah sedikit empuk.
4. Kemudian pecahkan telur dan gaul sekali sekala. Biarkan merenih seketika.
5. Kemudian masukkan tauhu, biarkan seketika. Masukkan bancuhan tepung jagung tadi.
6. Gaulkan sekali sekala, perasakan secukupnya. Tutup api, hidangkan bersama taburan hirisan daun bawang dan daun sup...
No comments:
Post a Comment