KEK PISANG
▼
Friday, February 5, 2016
SAYUR PETOLA MASAK LEMAK PUTIH
SAYUR PETOLA MASAK LEMAK PUTIH
Bahan-Bahan :
2 biji petola saiz sederhana - dibuang kulit bahagian keras & dipotong-potong
1 kiub pati ikan bilis
2 cawan santan pekat
1 cawan air
4 biji bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
1 bungkus kecil suun - direndam sehingga lembut
1 bungkus fucuk - direndam sehingga lembut & dicarik-carik
1 biji telur
1 tangkai cili merah - hiris
8 ekor udang dikupas kulit, dibersihkan & ditos
Cara Memasak :
1. Didihkan air di dalam periuk.
2. Masukkan bawang merah, bawang putih dan kiub pati ikan bilis.
3. Pecahkan telur ke dalam kuah dan biarkan mendidih seketika.
4. Masukkan sayur petola, udang, cili merah, santan, suun, fucuk dan garam. Masak sehingga mendidih sambil dikacau sekali sekala dan sesuaikan rasa. Hidangkan !!!
No comments:
Post a Comment