KEK PISANG
▼
Wednesday, March 2, 2016
IKAN MASAK MASAM MANIS
IKAN MASAK MASAM MANIS
sumber : buku masakan...
Bahan-Bahan :
3 ekor ikan kerisi atau ikan pilihan
Garam & serbuk kunyit secukupnya
Bahan Sos :
5 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos plum (tambah)
2 biji cili merah - dipotong nipis
1/2 cawan air
1 biji tomato - dipotong 6
1 pokok daun bawang & daun sup - hiris
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Ikan dilumur dengan garam dan serbuk kunyit. Gorengkan hingga garing.
2. Terbalikkan kedua-dua bahagian supaya masak rata. Kemudian ketepikan.
3. Di dalam kuali bersih, panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
4. Apabila wangi, masukkan sos tomato, sos cili, sos plum dan air.
5. Masukkan juga cili potong, garam (sekiranya perlu) dan gula secukup rasa.
6. Apabila kuah pekat, tuangkan ke atas ikan kerisi yang telah digorengkan tadi.
7. Hiaskan bersama hirisan daun sup dan daun bawang...
No comments:
Post a Comment