KEK PISANG
▼
Wednesday, March 2, 2016
SUP PETOLA
SUP PETOLA
oleh : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
1 batang petola segi bersaiz sederhana
1 biji ubi kentang - dipotong kiub
Sedikit ikan bilis - cuci bersih & toskan
1 cawan air atau secukupnya
1/2 paket suun - direndam hingga kembang & toskan
3 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 tangkai cili merah - dihiris
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Petola dibuang kulit dan dihiris nipis.
2. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan ikan bilis sehingga wangi.
3. Masukkan air secukupnya. Biarkan mendidih seketika. Kemudian masukkan ubi kentang dan biarkan sehingga ia empuk.
4. Apabila kentang telah empuk, masukkan petola, suun dan cili merah. Masukkan garam secukup rasa. Biarkan renih seketika, tutup api dan hidangkan...
No comments:
Post a Comment